Saturday, 30 April 2011

Najib Minta PAS Keluar Pakatan

Kelakar ada sedih pun ada bila dengar Najib meminta supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat (PR),apa dah tak ada isu lain dah ke sampai duk ulang isu ni beberapa kali. Apa dah gila talak ke umno ni?

Najib berkata demikian semasa berucap di majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Bahagia dekat Kuala Terengganu. Najib berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan pembangkang khususnya DAP kerana parti itu tidak pernah membela islam. Apa punya bengong Najib ni,memanglah DAP tidak pernah membela islam tapi DAP lebih faham islam berbanding parti komponen BN yang lain macam MCA,MIC,Gerakan.

Apakah parti komponen BN tersebut membela islam? Sebenarnya Najib ni saja mencipta satu-satu isu untuk mengkucar-kacirkan PR,setelah isu video seks ketua pembangkang tidak mendapat respon yang baik oleh rakyat maka beliau kena cipta isu lain selepas PRN Sarawak yang walaupun BN menang majoriti 2/3 tapi pola pengundian membimbangkan Najib.

Isu kerajaan perpaduan ini sudah banyak kali ditimbulkan supaya muncul polemik diantara parti dalam PR. Beliau juga memberikan jaminan bahawa masa depan Malaysia lebih terjamin jika PAS bersama umno. Kepada para pemimpin PR amnya serta pimpinan PAS khususnya tak usah dilayan ajakan atau pelawaan si Najib ni. Beliau beranggapan bahawa hanya umno dan BN saja yang pandai memerintah.

Aku rasa Najib ni tengah cari kekuatan baru selepas PRN Sarawak,beliau masih belum mendapat ilham bila nak adakan PRU13,cara yang paling baik adalah mempelawa PAS. Takut nanti bila dah bubar parlimen isu yang dimainkan Datuk T tak menjadi maka tak adalah peluang baginya nak jadi PM untuk penggal ke 2.


Apa yang penting bagi kita para pendokong PR adalah menumbangkan Najib dan BN serta Rosmah,takbir..

No comments:

Post a Comment