Tuesday, 12 April 2011

BERHATI-HATI DENGAN IKAN PATIN TEMERLOH

Terkejut besar semalam Editor bila sedang asyik mendengar asyik Fm apabila deejaynya bercerita mengenai ikan patin Temerloh bernilai RM13000 kepada 50 orang pelanggan yang datang makan disitu.Purata jatuh seorang RM260,melebihi makan di hotel-hotel mewah sekitar Kuala Lumpur atau bandar besar.Pelanggan yang terkejut dengan sebutharga yang diberikan terpaksa berkongsi-kongsi untuk membayar harga tersebut dan rasanya itulah yang pertama dan terakhir beliau dan rakan-rakannya makan disitu.
Menurut seorang perternak ikan patin sangkar, memang harga untuk ikan patin buah dan ikan patin muncung mahal berbanding sangkar,dengan rasa yang berbeza malah lebih enak berbanding patin sangkar yang lebih hanyir dan berpasir.tambahan lagi ikan patin buah dan ikan patin muncung ini memang agak sukar untuk diperolehi kerana ianya agak licik dan aktif di malam hari.
Kesilapan pengusaha kedai makan ini juga wajar dipersoalkan,kerana tiada tanda harga untuk ikan-ikan tersebut.Ikan patin buah seekor dalam RM25,tempoyak satu bekas RM5,daun kesum, garam, asam dan bahan-bahan lain RM5,upah membeli, siang dan masak RM10.Jumlah satu pinggan baru RM45. 
Apapun semoga cerita ini menjadi iktibar buat kita semua,Jom kita masuk ke minda pengusaha kedai makan tersebut,mengapa jumlahnya terlalu mahal?ada pinggan atau mangkuk yang pecah ke?atau memang harga barang mahal ekoran harga minyak mahal?atau kena balik kepada asal jual beli didalam Islam?atau kena tukar kerajaan,barulah harga barang rendah?atau atau atauuuuuu?Wallahu a'lamu bissowab...

No comments:

Post a Comment