Tuesday, 12 April 2011

MARI BELAJAR CARA PEMERINTAHAN MENURUT ISLAM

Pemerintahan tidak dapat dipisahkan daripada agama Islam kerana Islam bukan merupakan agama ritual atau ibadah semata-mata.Dalam Islam terkandung,Muamalah (terdiri dari aspek interaksi, transaksi, perniagaan dan sebagainya).Munakahat (perkahwinan dan sistem kekeluargaan Islam).Ibadah (meliputi aspek ritual) Jinayah (meliputi jenayah, kehakiman dan sebagainya yang berkait dengan pemerintahan Islam).
Terdapat banyak acuan pemerintahan dalam negara islam.Antara faktor wujudnya pelbagai sistem pemerintahan dalam negara islam,faktor penjajahan barat ke atas dunia islam seperti contoh Malaysia yang dipaksa menggunakan perlembagaan barat yang dikarang oleh Lord Reid untuk sistem pemerintahan demokrasi Malaysia dan yang kedua faktor sejarah iaitu daripada pemilihan secara syura kepada sistem pemerintahan monarki seperti pemerintahan Umayyah dan Abbasiah.

Antara ciri pemimpin dan negarawan Islam ialah mampu menunaikan tanggunjawab kepimpinannya dengan memiliki ilmu pengetahuan dan pengalaman yang baik.Yang kedua perlu sedia mendampingi ulama jika dia tidak mempunyai ilmu pengetahuan keagamaan kerana institusi ulama merupakan rujukan penting bagi umat Islam terhadap segala permasalahan.yang ketiga pemimpin perlu mengetahui ilmu pengetahuan keduniaan kerana bila timbul isu keduniaan seperti kejadian kemarau, kebuluran atau wabak penyakit, dia perlu bertindak dengan cepat dan cekap.Keempat perlu cekap dalam menghadapi isu globalisasi yang menyebabkan pengaliran modal dengan cepat dan boleh meruntuhkan ekonomi sesebuah negara.Yang kelima pemimpin mestilah bijaksana dalam menggerakkan jentera kerajaan perlu wujud dalam diri seseorang pemimpin.Yang keenam dan yang penting wajib ada sifat warak dan ketakwan diutamakan sebagai khalifah.Ketujuh hubungan diplomatik dengan pelbagai negara juga merupakan tuntutan dalam Islam kerana boleh mendatangakan manfaat kepada negara Islam dari segi pembangunan terutamanya dalam bidang sains dan teknologi yang merupakan tuntutan semasa.Yang terakhir ialah kesempurnaan fizikal juga diperlukan oleh seorang bakal pemimpin kerana ia merupakan sumber tarikan atau karisma di samping kepetahan bercakap dalam menyampaikan mesej.
Marilah kita menilai pemimpin kita yang ada sekarang ini,adakah faktor-faktor diatas wujud dalam kepimpinan mereka seterusnya menggarapkan nilai-nilai Islam dalam diri mereka?Adakah pemimpin kita sayang malaysia kita?


No comments:

Post a Comment