Friday, 8 April 2011

PAKATAN LANCAR MANIFESTO

Hari ini Pakatan Rakyat melancarkan manifestonya untuk Pilihanraya Negeri Sarawak dengan menjanjikan beberapa habuan. Berbanding dengan BN yang melancarkan manifestonya semalam yang kelihatan hambar tanpa perincian masa depan,manifesto Pakatan Rakyat lebih mengutamakan rakyat.

Semalam BN dalam manifestonya berikrar untuk menjadikan Sarawak negeri terkaya di Malaysia,eh dah 30 tahun tok uban memerintah Sarawak takkan baru ni berikrar nak jadikan Sarawak negeri 'terkaya' atau dirinya yang 'terkaya'?

Sudahlah memperbodohkan rakyat Sarawak dan sampai bila rakyat Sarawak sendiri sanggup diri mereka diperbodohkan oleh BN.

Berikut antara intipati manifesto Pakatan Rakyat yang bertunjangkan 'Kami Menjulang Kedaulatan Rakyat,Ketuanan Rakyat'.

  • Pentadbiran yang baik berdasarkan prinsip antarabangsa,cekap,akauntabiliti,telus atau CAT dengan mengagih hasil bumi terus kepada rakyat; di samping menolak amalan rasuah dan nepotisme yang diamalkan BN Sarawak sebelum ini.
  • Menubuhkan Dana Pembasmian Kemiskinan sebanyak RM1 bilion untuk menangani rakyat di bawah paras kemiskinan.
  • Menjamin hubungan antara perseketuan dengan dengan negeri Sarawak dengan meningkatkan pemberian royalti dari 5 kepada 20 peratus.
  • Membela Sarawak yang lebih hijau dengan menghentikan pembinaan empangan yang berlebihan serta melarang sama sekali pembinaan loji nuklear di Sarawak.
  • Merpertahankan identiti kebudayaan etnik-etnik di Sarawak dengan menggalakkan pembelajaran bahasa ibunda serta memberikan peruntukan sistematik kepada rakyat Sarawak tanpa mengira kaum sebagaimana yang telah diamalkan di P.Pinang,Selangor,Kedah dan Kelantan.
  • Membela hak wanita dengan keserataan jantina disamping membina prasarana bagi membela nasib wanita dan kanak-kanak yang mengalami keganasan rumahtangga dan lain-lain.
  • Melabur untuk masa depan dalam modal insan,infranstruktur termasuk membangunkan prasarana jalur lebar (WIFI) dalam masa 2 tahun
Semoga rakyat Sarawak dapat memilih dengan bijak dan jangan takut membuat perubahan kerana bukan hanya BN saja yang pandai memerintah. Pakatan Rakyat bukan sahaja pandai tetapi cekap,telus dan lebih amanah dalam mentadbir negeri khususnya dan negara amnya.

No comments:

Post a Comment