Friday, 1 April 2011

SEMANGAT 'MAT REMPIT' DARI POSISI POSITIF

'mat rempit' istilah yang sering digunakan oleh media massa masakini, merujuk kepada golongan muda yang memandu motor secara merbahaya dijalanraya.rata-rata mereka ini berada didalam lingkungan umur 15-25 tahun.Media massa sering menampilkan komen-komen yang negatif mengenai 'Mat rempit',apakata pada hari Jumaat yang mulia ini kita bincangkan isu ini dari sudut positif.

Apa yang terjadi ini adalah realiti dihadapan mata masyarakat umum,dimana situasi ini ialah di simpang tiga berlampu isyarat,yang mana posisi saya didalam keadaan merah iaitu berhenti,dan disebelah kanan kenderaan dalam keadaan hijau iaitu jalan.Di depan kenderaan saya ada 3 orang mungkin 'Mat rempit' sedang memeraskan minyak motornya,dalam masa yang sama ada 2 buah motor yang juga mungkin 'Mat rempit' sedang dalam keadaaan bergerak dari simpang sebelah kanan dan setibanya ditengah lampu isyarat 'mat rempit' yang bergerak dari simpang kanan itu memeraskan motornya seolah mencabar,dan tidak semena-mena 'mat rempit' yang dihadapan saya dalam keadaan lampu merah mengangkat tayar depan dan mereka terus berlumba sesama mereka.Saya puji sikap mereka yang sanggup menyahut cabaran,tanpa mengira lampu isyarat dengan ertikata lain pantang dicabar.

Semangat seperti ini perlu ada dalam perjuangan,walaupun banyak yang negatif dari merempit rupanyer ada sekelumit sikap positif dalam jiwa mereka, tinggal lagi tugas kita mendekati mereka supaya yang positif lebih tinggi peratusannya daripada negatif.Artikel ini bukan menyokong aksi rempit dijalanan,tapi hanya sekadar berkongsi pendapat.yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari diri hamba yang serba kekurangan ini.
"orang muda geng kita"

No comments:

Post a Comment