Sunday, 24 April 2011

Raja Petra tawa dalam tangisan

Raja Petra Kamarudin, pengendali laman Malaysia Today yang dikenali sebagai orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan terbaharu apabila menafikan yang beliau menuduh perdana menteri dan isteri terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu.Beliau membuat kenyataan itu dalam satu wawancara eksklusif dengan media pro-UMporNO, TV3 di Australia.
Raja Petra mengatakan tindakan beliau membuat kenyataan yang mengaitkan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dibuat selepas didesak dan dipengaruhi individu-individu yang rapat dengan Anwar.
Kenyataan Raja Petra dalam Akuan Bersumpah yang dibuat pada Jun 2008 itu mencetuskan kejutan dalam politik negara dan meletakkan Najib dan Rosmah dalam kedudukan sangat defensif. Kenyataan itu juga diterima ramai sebagai pengesahan bahawa Rosmah terlibat dalam pembunuhan model dari Mongolia itu.

Raja Petra kemudian melarikan diri dan keluar negara selepas waran tangkap ke atasnya dikeluarkan pada Mei 2009. Beliau kemudian didedahkan berada di London, England.
Raja Petra juga terlibat dalam kumpulan politik dan sosial Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia, MCLM, yang dilihat bakal mencabar dan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

rupanya ada tangisan yang kita tidak tahu
Tindakan Raja Petra yang menegatifkan Anwar ini bakal memburukkan lagi hubungan Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat dengan MCLM yang muncul sebagai kuasa ketiga itu. Penghujung tahun lalu, beberapa kenyataan Raja Petra dilihat banyak pihak sebagai usahanya berbaik dengan Najib. Namun mungkin tidak ramai yang tahu Raja Petra mempunyai seorang anak lelaki yang bekerja diluar Negara dan kini ditangkap dan ditahan didalam lokap atas kesalahan yang editor tidak boleh sebutkan disini.Menurut sumber yang boleh dipercayai anak Raja Petra di tumbuk,di tendang sewenang dan sesenangnya malah disuruhnya menelannya pisau belit dan ditumbuk perutnya berkali-kali.Kemudian Pihak Polis menghubungi Raja Petra bahawa perkara yang lebih buruk akan berlaku terhadap anaknya seandainya beliau terus menghentam kerajaan melalui blognya,terutama dalam kes berprofil tinggi Altantuya Sharibuu oleh pihak polis atas arahan dari kerajaan Malaysia.

Sekarang Raja Petra seolah-olah dikunci mulutnya,diatur skripnya dan dilihat sudah neutral atau kemungkinan sudah bias kepada kerajaan UMporNo.Segala sumber ini ada ditulis didalam sebuah akhbar yang sudah dua kali ditarik hak penerbitannya namun atas dasar keadilan dan benar pihaknya masih menulis cerita yang menghentam perkara yang busuk dan memuji perkara yang wangi.Maka benarlah kenyataan seorang pemerhati poltiknya yang mata penanya setajam mata hatinya,bahawa tulisannya mengatakan apabila Raja Petra kembali ke tanahair maka bermulalah PRU yang seterusnya.Editor berharap sangat segala kejahatan ala mafia hasil kerajaan UMporNo ini mendapat balasan setimpalnya dari Allah Swt.

No comments:

Post a Comment