Sunday, 10 April 2011

ANTARA TIRUAN DAN ASLI

Perbezaan telur asli dan tiruan
Baru-baru ini kita digemparkan dengan Telur tiruan yang mana risiko boleh menyebabkan nyanyuk dan hilang ingatan.Patutlah sejak akhir-akhir rasa macam hilang fokus,mengenangkan umur baru awal 30an mana mungkin aku sudah nyanyuk atau hilang ingatan.Yang menjadi persoalannya ialah bagaimana barang-barang tiruan ini dihasilkan,dan siapa yang menghasilnya dianggap 'genius' dalam bab peniruan makanan.


Dulu kita dikejutkan dengan santan tiruan yang mana diproses ditempat yang terang-terangan dan pembuatan santan tiruan ini tidaklah serumit telur tiruan ini,antara bahan kandungan yang terdapat dalam telur tiruan ini ialah Asid sodium alga,Gelatin,Natrium Benzoat,Lakton,karboksimetil selulosa,kalsium karbaid,Laisin,Kalsium klorida,Lilin parafin,Tepung gypsum. Dengan menggunakan bahan tersebut mengikut teknik dan alat-alat pembancuh dan terhasillah telur tiruan.Cara penjualannya juga dicampurkan dengan telur asli.Ini bermakna paling tidak hukum purata mesti terbeli juga walaupun sebiji.
Bahan-bahan utk buat telur tiruan


Antara tiruan dan asli,penjual telur tiruan sudah pun dikenakan tindakan sama juga dengan pengeluar santan tiruan,yang menjadikan aku hilang ingatan atau nyanyuk ini adalah kerana video seks yang dituduh DSAI itu adalah tiruan.Cuma ketua polis negara mengatakan ianya tulen adalah kerana tiada cut and paste,ianya memang tulen dari awal cerita hingga akhirnya.Pelakonnya sahaja bukan sebenar,jadi nanti kalau sudah dapat siapa pelakon yang sebenar,apakata tangkap ramai-ramai,kerana pengeluar telur tiruan dengan santan tiruan sudah dikenakan tindakan,tetapi pelakon tiruan masih berkeliaran dan berlenang-lenang mungkin dapat wang yang lumayan agaknya,maka kita rakyat Malaysia marilah merenung kembali Rukunnegara yang kita belajar sewaktu dibangku sekolah dahulu,iaitu antaranya 'kedaulatan Undang-undang'.
Dimanakah kekuatan undang-undang negaraku tercinta ini?kenapa orang suka tidak takut dengan undang-undang?kenapa undang-undang boleh dibeli adek kakok?kenapa?kenapa?kenapa?...(dalam nada berbisik)..kerana tidak jalankan Hudud.

No comments:

Post a Comment