Wednesday, 6 July 2011

Menteri KDN Derhaka Pada Agong



Memang menteri yang jaga KDN iaitu Hishamuddin haprak,kenapa aku berkata demikian. Pertama Najib sudah berjanji menyediakan stadium untuk kita berhimpun secara aman.  Kedua wakil gabungan 62 NGO yang menyokong BERSIH 2.0 sudah mengadap Yang DiPertuan Agong.

Jika Agong sanggup mencemar duli untuk menerima wakil BERSIH 2.0 mengadap maka sepatutnya permintaan wakil berkenaan dipenuhi,jangan bagi macam-macam alasan untuk terus menghalang perhimpunan tersebut.

Mungkin juga Hishamuddin berasa malu atau tercabar dengan Agong yang campur tangan dalam urusan politik negara. Sebelum ini Hisham beria-ria menegaskan yang BERSIH 2.0 ialah pertubuhan HARAM maka dengan tiba-tiba jadi HALAL dengan campurtangan Agong.

Nampak seperti Hisham ni macam nak lawan titah Agong,ada baiknya kita ramai-ramai buat laporan polis keatas menteri KDN kerana memerangi Agong.

Kita sudah bersedia untuk sahut cabaran Najib yang menyuruh kita memekik sampai pagi,jadi untuk membuktikan yang kamu ada 'pelir' maka sahutlah cabaran kami ini.

Cakap stadium mana yang boleh kami berhimpun untuk kami menyatakan bantahan kami ini kepada SPR supaya mewujudkan satu pilihanraya yang BERSIH dan ADIL.

Memang dah terbukti 2 ekor ni memang takdak 'pelir',dah la penakut,munafik pulak tu cakap tak serupa bikin.


APA PUN TAK BOLEH,APA PUN TAK BOLEH,APA PUN TAK BOLEH,APA PUN TAK BOLEH

Monday, 27 June 2011

Polis Pun Bangang

Nampaknya Najib dah habis idea apa lagi cara yang boleh digunakan untuk menghalang Perhimpunan Bersih 2.0,jalan terakhir ialah menggunakan pihak polis.

Yang terbaru Parti Sosialis Malaysia (PSM) didakwa cuba menghidupkan fahaman komunis,kahkahkah..woi dah tak ada isu lain ke,selepas menyerang Pengerusi Bersih,Ambiga dengan tuduhan memurtadkan melayu mereka mengunakan pula isu 'komunis'.


Tapi yang aku paling pelik polis pun dah 2X5 macam Najib,biarlah Najib sorang-sorang yang bodoh ini tidak polis pun nak jadi bodoh macam Najib,dah la aku malas lagi nak tulis sebab tak tahan gelak sampai nak terberak.

Sunday, 26 June 2011

Ayuh Jayakan Bersih 2.0

Dah lama aku tak menulis kerana kekangan masa,tiba-tiba hati jadi panas dengan apa yang dilakukan oleh UMNO dan BN. Bermacam-macam ugutan dan tekanan yang diberikan oleh UMNO/BN supaya himpunan Bersih 2.0 ini gagal.

Guru-guru sudah diugut untuk ditahan gaji selama 4 bulan,8 orang telah ditangkap kerana memakai baju kuning bertulis Bersih. Apa kerajaan BN dah semakin gila,biarkan apa yang mereka nak lakukan kepada para penyokong Bersih 2.0. Setakat mana mereka mampu untuk menangkap dan menahan.

Kita tunggu seberani mana Pemuda UMNO dan sejantan mana PERKASA untuk menghalang kita. Kita berhimpun dengan niat yang baik untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil tetapi jika ada pihak yang hendak melakukan provokasi kita terpaksa bertindak untuk mempertahankan diri.

Kepada para penyokong yang akan turun berhimpun untuk menjayakan himpunan Bersih 2.0 aku nak ingatkan supaya kita janganlah kita gentar dengan segala ugutan atau ancaman. Kita jangan melakukan sebarang provokasi,berarak dengan aman untuk menunjukkan kekuatan kita. Jangan kita layan sebarang tindakan yang akan dilakukan oleh pemuda umno dan Perkasa selagi ia tidak membahayakan diri kita.




Semoga segala ancaman,ugutan,kecaman,kutukan yang ditujukan kepada kita tidak sedikit pun melemahkan semangat dan keazaman kita untuk menjayakan perhimpunan ini.

Sunday, 19 June 2011

Al-Fatihah Buat Zami Ismail (Pak Uda)

Pelawak veteran Zami Ismail 67 yang lebih di kenali sebagai 'Pak Uda',meninggal dunia pada jam 10.30 pagi tadi di IJN berikutan kegagalan jantung.

Allahyarham yang dimasukan ke IJN sejak 2 minggu lalu dilaporkan tenat malam sabtu lalu dan hanya bergantung hidup dengan mesin bantuan perubatan.

Arwah adalah salah seorang orang kuat Pertubuhan Kebajikan Islam Dan Dakwah Islamiah (Pekida) yang aku faham berpangkat 'ayahanda',walaupun aku pernah hentam Pekida tapi secara peribadi aku hormat dengan Allahyarham.

Pak Uda yang popular dalam sitcom 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' dan pernah berlakon dalam lebih 20 filem dan yang paling berkesan sebagai watak Ketua Kampung dalam filem 'Hantu Kak Limah Balik Rumah',termasuk dua lagi filem yang belum ditayangkan.

Semoga roh Allahyarham Zami Ismail dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Al-Fatihah..

Tuesday, 14 June 2011

Haramkan PEKIDA

Kumpulan yang mengelarkan diri mereka Pertubuhan Kebajikan Islam Dan Dakwah Islamiah (Pekida) masih menuntut permohonan maaf dari penerbit filem Kongsi, David Teo dan KL Gangster Datuk Yusuf Haslam.

Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Datuk Roslan Dahaman (kanan) berkata jika kedua-dua penerbit enggan memohon maaf mereka akan memanjangkan lagi perkara tersebut.

Ini kali kedua aku tulis pasal kumpulan ini yang kebanyakan ahlinya haprak,tengok nama sedap membela kebajikan Islam dan dakwah tapi diri sendiri tak terdakwah. Korang blh perhati berapa kerat jer ahlinya yang solat,itu belum bab puasa,zakat dan lain-lain.

Bukan setakat ahli sahaja yang haprak,dengan ayahanda,abang long,abang ngah pun 2x5 haprak. Kenapa kerajaan tak haramkan pertubuhan ini yang jelas melanggar undang-undang dengan mewujudkan undang-undang sendiri. Ada jugak aku tengok ayahanda pakai gelang tangan,tak tau hukum ke?

Apa kejadahnya jika hukum yang asas macam tu pun tak tau,belum tanya pasal hukum hudud dan sebagainya. Cuba pulak kita tengok berapa kerat ahli termasuk ayahanda yang berulang-alik ke masjid untuk solat,sepanjang aku kenal diaorang ni langsung tak ada bro,kadang-kadang solat jumaat pun tak pegi. Taik kucing betul, mengaku kumpulan Islam.

Silap sikit datang ramai-ramai nak belasah orang,wei ahli2 pekida kalau anak jantan nak bertumbuk satu lawan satu la. Kadang-kadang kita tengok kes pun yang remeh-temeh macam kes perempuan,macam ni ke kumpulan yang membela Islam?

Kalau betul nak bela Islam dan melayu sepatutnya mereka buat satu kumpulan perniagaan yang besar dengan membantu dari segi modal,tunjuk ajar dan sebagainya. Tengok macam pertubuhan orang cina,india dan mamak yang membantu sesama mereka.

Zaman sekarang bukan siapa kuat dia berkuasa tapi ekonomi siapa yang kuat dialah yang berkuasa,kalau Pekida masih lagi dengan cara gengster Kampung Dusun lebih baik dibubarkan sahaja kumpulan yang tidak memberi faedah langsung kepada agama dan bangsa ini dan ramai-ramai pakat masuk PAS macam Bob Lokman.

Monday, 13 June 2011

Papagomo Wajib Mengucap Kembali

papagomo


Bloger pro-umporno papagomo aku ingat kena diajar mengucap kembali,berdasarkan kepada tulisan terbarunya yang mempertikaikan hukum khazaf yang meminta 4 saksi. Untuk lebih faham boleh baca di sini.

Kalau mengikut pandangan para ulama' kata-kata yang macam itu sudah membatalkan syahadahnya,jadi papagomo harus bertaubat kerana mempertikaikan hukum Allah. Beliau mengeluarakan pendapat berdasarkan akal,sedangkan Islam ni tak boleh guna akal semata-mata. Kalau tidak kenapa Allah utuskan Nabi dan turunkan Al-Quran kerana hendak memberi petunjuk kepada kita.

Cara tulisannya seolah-olah mempersendakan hukum Allah supaya mendatangkan 4 saksi dalam kes zina kerana bukan PAS yang minta,bukan ulama' yang minta,bukan Nabi Muhammad yang minta tapi adalah syarat yang telah ditetapkan oleh Allah.

Adakah Allah tidak mengetahui bahawa meminta 4 saksi ini susah bukan sahaja pada zaman ini tetapi pada zaman Nabi pun susah nak cari 4 saksi. Hukum Allah ni sesuai untuk setiap zaman jadi jika mempertikaikan kewajaran meminta 4 saksi ini adalah juga mempertikaikan hukum Allah pada aku papagomo ni sudah terbatal syahadahnya.

Harus diingatkan bahawa hukum hudud yang diperjuangkan oleh PAS bukan hukum ciptaan Tuan Guru Hadi Awang atau Tok Guru Nik Aziz. Ianya adalah hukum yang diturunkan oleh Allah,jika kita sebagai seorang yang mengaku sebagai orang Islam adalah tidak patut berbuat demikian samada dalam percakapan atau dalam tulisan.

Untuk lebih faham korang boleh dengar ceramah Ketua Penerangan PAS yang baru  Ust Tuan Ibrahim Tuan Man kat atas ni atau boleh rujuk kitab-kitab muktabar dan kalau malas jugak pegilah tanya ustaz-ustaz.

PAS Selesai Lantik Kabinet Penuh Parti



Mesyuarat pertama Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selesai melantik kabinet penuh parti itu lapor Harakahdaily.

Walaupun ada orang yang dilantik aku tak berapa berkenan tetapi sebagai ahli parti yang percaya kepada konsep musyawarah aku redha,kecewa tu memang kecewa kerana beberapa muka lama sepatutnya direhatkan kerana faktor usia dan sudah tidak relevan dengan keadaan semasa.

Sepatutnya orang lama seperti Mustafa Ali dan Abdul Halim jadi penasihat sahaja,biar orang muda yang banyak tenaga dan idea diberi peluang menyumbang jasa kepada parti.

Di bawah adalah senarai penuh kabinet PAS yang baru;

Presiden          :     Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Tim. Presiden  :     Haji Mohamad Sabu
Naib Presuden  :   YB Salahuddin Ayub
                              YB Husam Musa
                              YB Mahfuz Omar
Setiausaha Agung : Hj Mustafa Ali
Bendahari           : Ust Abdul Halim Abdul Rahman
Ketua Penerangan: Ust Tuan Ibrahim Tuan Man
Peng. Pilihanraya  : YB Dr. Hatta Ramli
Ketua Dewan Ulama' : YB Ust Harun Taib
Ketua Dewan Pemuda : Ust Nasruddin Hassan Tantawi
Ketua Dewan Muslimat : YB Siti Zaliah Mohd Yusuf
Penolong Setiausaha  : YB Takiyuddin Hassan
                                   YB Dr. Syed Azman
                                    Ahmad Sabki Yusuf
AJK PAS Pusat : Mazlan Aliman
                            YB Kamaruddin Jaafar
                            Hanipa Maidin
                            YB Dr. Dzulkefly Ahmad
                            YB Dr. Mujahid Yusof Rawa
                            YB Ir. Khalid Samad
                             Ust Abd Ghani Shamsuddin
                             Ir. Amiruddin Hamzah
                            YB Abd Wahid Endut
                            Ust Abu Bakar Chik
                            YB Ust Mohd Amar Abdullah
                            Dr Mahfodz Mohamed
                            YB Dr. Siti Mariah Mahmud
                            YB Dr. Hj Hassan Ali
                            Ust Abdul Ghani Abdul Rahman
                            YAB Ust Azizan Abdul Razak
                            Ustazah Nuridah Saleh
AJK dilantik :     YB Nasharuddin Mat Isa
                            Ust Idris Ahmad
                            Hj Asmuni Awi
                            HJ Anuar Tahir
                            YB Nizar Jamaluddin
                            Hj Zulkefly
                            Mohammad Omar
                            Abang Ahmad Kerdee Masagus
Pesuruhjaya PAS Negeri;
Terengganu : YB Abdul Wahid Endut (baru)
N.Sembilan : YB Mohd Taufek Abdul Ghani (baru)
Selangor     : YB Dr. Abd Rani Osman (baru)
Melaka      :  Adly Zahari (baru)
Sabah        :  Aminuddin Halim (baru)
Kelantan    :  YB Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Pahang      :  Ust Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor        :  Dr. Mahfodz Mohamed
Perak       :  Ust Abu Bakar Husin
Kedah      : Ust Azizan Abdul Razak
P.Pinang   : Ust Salleh Man
Perlis        : Ust Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan : Ust Mohd Nor Mohamad
Sarawak   : Ust Adam Ahid

 

Sunday, 12 June 2011

Terangganu Juara Piala FA


Tahniah kepada pasukan Terengganu yang menjadi juara Piala FA berkat kesabaran dan tidak mengenal erti jemu berjuang hingga minit-minit akhir.

Kepada pasukan Kelantan terpaksa akur dengan kekalahan akibat leka kerana bayangan Piala FA sudah di depan mata tetapi harapan menjulangnya berkecai.

Para penyokong Kelantan yang pergi mengibar bendera Red Warrior terpaksa menyimpannya semasa dalam perjalanan pulang nanti setelah dikecewakan oleh Terengganu.

Permainan kedua-dua pasukan adalah seimbang dengan masing-masing melancarkan serangan sehingga Kelantan mendahului dengan 1 gol sehingga minit terakhir separuh masa kedua sebelum Daudsu menjaringkan gol sendiri semasa kelam-kabut di depan pintu gol.

Apa pun permainan yang di tunjukkan oleh kedua-dua pasukan bertenaga dan menghiburkan kecuali 20 minit pertama kerana masing-masing bermain dengan berhati-hati.













Sekali lagi tahniah kepada pasukan Terengganu dan aku sendiri bangga dengan Kelantan kerana bermain dengan bersungguh-sungguh walaupun terdapat kesilapan yang dilakukan tetapi itu adat bertanding.

Friday, 10 June 2011

UMNO Tauke Filem Lucah

Belum reda isu video seks mirip Anwar,timbul pula video seks Mat Sabu,apa umno ni tak ada kerja lain selain menyebarkan video seks.

Umno tak usah nak menafikan bahawa mereka tidak terlibat dalam isu ini kerana Anwar dan Mat Sabu tidak mempunyai musuh selain daripada umno.

Dah sah yang buat kerja menjatuhkan mereka ini adalah didalangi oleh umno,nak cari isu rasuah dan salahguna kuasa tak ada. Balik-balik kes yang membabitkan seks,maklumlah orang melayu terutama di kampung-kampung memang mudah terpengaruh dengan berita yang macam ni.

Ahli Parlimen Ampang,Zuraida Kamaruddin (kanan)membuat laporan polis di IPD Ampang Jaya setelah menemui VCD bersama surat palsu dalam peti surat rumahnya kononya dikeluarkan oleh PAS.


Umno sebenarnya takut bila Mat Sabu menang jawatan Tim. Presiden PAS dan merangka berbagai-bagai rancangan untuk menjatuhkan beliau.

Lepas ni tak taula video seks siapa lagi yang akan dikeluarkan oleh umno,Najib macam terdesak sangat sampai sanggup guna isu-isu sampah ini sebagai senjata untuk mengekalkan pemerintahannya.

PEKIDA Nak Saman Syamsul Dan Farid Kamil?

Nak tergelak pun ada bila baca kenyataan Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan Shikin Begum bahawa filem Kongsi dan KL Gangster melampau kerana menggunakan kata kunci dan kod rahsia pertubuhan berkenaan.

Apa Pekida saja yang boleh mengunakan perkataan abang long dan ayahanda,abis kalau aku nak panggil ayah aku dengan pangilan ayahanda dan abang sulong aku dengan panggilan abang long kena bayar royalti pada Pekida dulu ke?

Wei...korang ni perasan la,tapi siapa yang makan cili dialah yang merasa pedas. Sebabnya pada aku pertubuhan tersebut di tubuhkan dengan tujuan untuk membantu,merapatkan hubungan,meyebarkan dakwah dan berbagai-bagai lagi perkara yang baik-baik bersesuaian dengan moto pertubuhan tersebut Amar Makruf Nahi Mungkar.


Ini tidak,kebanyakan ahli-ahlinya aku tengok langsung tidak menunjukkan ciri-ciri sebagai seorang islam. Pakai rantai,gelang tangan,bersubang,minum arak dan bermacam-macam kerja mungkar. Aku nak suruh ayahanda tanya anak-anak mereka tak kisahlah along ke,angah ke, cukup ke solat 5 waktu mereka? Kebanyakannya hampeh..aku tau sebab ramai kawan-kawan aku ahli Pekida.

Satu lagi yang aku tak berkenan sangat dengan Pekida ni ialah sikap mereka apabila sudah jadi ahli mula berlagak macam samseng. Mentang-mentang ramai geng mulalah tunjuk hero,kalau anak jantan nak bergaduh sorang-sorangla,pukul ramai-ramai gajah pun boleh mati.

Samseng pulak tu dengan orang melayu je,dengan cina dan india pulak takut macam tak ada telur. Ini ke sebuah pertubuhan yang kata nak membela melayu.



Aku harap Pekida betulkan balik dasar perjuangan,pilih ahli-ahli yang betul-betul nak perjuangkan Islam,baru orang hormat,ada juga aku tengok ayahanda pun tak solat.

Thursday, 9 June 2011

Untung Meningkat Tapi Subsidi Dipotong

Petronas meraih keuntungan sebelum cukai RM90.49 bilion meningkat 34.5% daripada RM67.3 bilion yang dicatatkan tahun lalu.

Presiden dan ketua pegawai eksekutifnya Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata,prestasi memberangsangkan itu disumbangkan oleh kenaikan harga dan peningkatan jumlah dagangan bagi produknya.

Haaa,kan betul seperti yang didakwa oleh Anwar Ibrahim bahawa kenaikan harga komoditi tersebut sebenarnya membawa keuntungan kepada Petronas,jadi jika alasan mengurangkan subsidi adalah untuk mengurangkan kos yang ditanggung oleh kerajaan adalah cerita bohong semata-mata.

Jika Petronas mencatatkan keuntungan maka kerajaan mestilah juga untung kerana Petronas adalah milik kerajaan,tak tau la pulak jika Najib ni mengaku yang Petronas ni mak bapak dia punya. Bila banyak subsidi yang diberi kepada rakyat maka kuranglah sikit duit yang boleh dirompak.

Apa kau tu memerintah sebab nak cari untung atau nak buat amal,pemimpin yang baik,amanah,zuhud dan warak tak akan buat macam si Najib ni sebab menjadi pemimpin ni bukan setakat kerja tapi amanah yang perlu dutunaikan. Bukannya memimpin untuk mengkayakan anak-beranak dan kroni seperti kebanyakan pemimpin umno.

Wednesday, 8 June 2011

Setan-Setan UMNO Mula Buat Kerja Sebagai Setan

Selepas menyebarkan video seks mirip Ketua Pembangkang di kampung-kampung melayu,cina dan india di Selangor,setan-setan umno mengiatkan usaha menyebarkan klip video tersebut ke Terengganu pula.

Adatlah setan memang kerja dia buat benda jahat,rompak duit rakyat,makan rasuah dan macam-macam lagi kerja jahat termasuklah menyebarkan fitnah. Apa nak hairan memang dah dasar setan macam tulah perangainya.
Juak-juak setan ni mestilah diarahkan oleh bapak setan.

Takkanlah juak-juak setan ni berani kalau tidak menerima arahan dari bapak setan,sebab bapak setan ni dah bagi jaminan bahawa kerja-kerja yang akan dijalankan nanti takkan diganggu oleh polis. Rupa-rupanya polis pun takut dengan bapak setan.

Bapak setan ni tahu bahawa klip video tersebut tak laku di bandar-bandar maka diedarkan pula klip tersebut di kampung supaya orang kampung yang bodoh percaya bulat-bulat. Orang kampung yang tak percaya pada video tersebut mestilah penyokong Pakatan Rakyat sebab mereka cerdik.

Yang paling aku hairan tak ada pula tindakan yang dilakukan oleh pihak polis,kalaulah puak pembangkang yang sebarkan video tersebut gamaknya tak cukup tanah lari dikejar oleh polis.


Apa polis pun subahat ke dalam perkara ini,wallahualam hanya Allah yang mengetahui.

Monday, 6 June 2011

UMNO Semakin Gila Meroyan

Walaupun Muktamar PAS kali ke-57 sudah berakhir dan pucuk pimpinan yang baru sudah dipilih tapi puak-puak umporno masih lagi tak puas hati dengan pemimpin yang dipilih oleh ahli PAS,diaorang ingat PAS ni mak bapak diaorang punya.

Suka hati kita orang lah nak pilih siapa pun yang akan menjadi pemimpin kita,korang peduli apa. Apatah lagi bila Mohamad Sabu (Mat Sabu) yang menang jawatan Tim. Presiden,lagi la gila meroyan puak-puak ni bila Mat Sabu yang jadi Tim. Presiden.


Tak ada la can mereka nak mainkan lagi isu kerajaan perpaduan,kerjasama melayu dan macam-macam lagi isu yang boleh menggugat kestabilan dan keharmonian Pakatan Rakyat. Sebab tu mereka ni semakin meroyan kerana pemimpin-pemimpin yang dipilih ini boleh mengkucar-kacirkan umno.

Semenjak bila pulak mereka ni prihatin dengan PAS sampai risau dengan kekalahan ulama' dalam PAS,tapi sebenarnya umporno ni risau jika orang-orang profesional dalam PAS yang menang dan memegang jawatan.

Sebenarnya tak ada masalah ulama' atau profesional yang pegang jawatan yang penting apa dasar kita,semua sudah maklum dasar PAS ialah Al-Quran dan Hadis,jadi tak kira siapa pun yang pegang jawatan yang penting dasar kita tetap sama.

Tahniah kepada pimpinan yang menang dalam pemilihan kali ini semoga anda semua dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh ahli-ahli.

Secara peribadi walaupun akau menyokong Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menjadi timbalan presiden tapi kemenangan Mat Sabu adalah lebih baik.

Tuesday, 31 May 2011

Ibu engkaulah permata hatiku


Ibu, terima kasih kerana telah membesarkan aku dengan penuh belaian kasih sayang,dengan penuh keikhlasan,dengan penuh didikan tanpa mengira penat lelah ibu terus tidak berputus asa dalam mendidikku menjadi insan berguna. Ibu hanya Allah swt yang mampu membalas segala jasamu Ibu, tak termampu rasanya aku untuk memberi semula apa yang telah Ibu berikan sedari kecil.

Bagi yang sudah tidak punya Ibu, mereka hanya mampu mengimbau kenangan lalu untuk terus mendakapi Ibunya,mereka penuh dengan kekesalan sewaktu Ibu mereka masih ada mereka tidak melakukan apa yang sepatutnya mereka lakukan. Hinggalah disaat Ibu mereka kembali ke rahmatullah disaat itu bergenang air mata darah sekalipun namun sudah tiada ertinya.Mereka lupa untuk mendakapi ibu mereka, mereka lupa untuk mengucup pipi Ibu mereka dan mereka lupa untuk mendukung Ibu mereka dan yang paling dikesali mereka lupa untuk menabur budi dan jasa demi menggembirakan hati Ibu.

Ibu disaat aku mencoret nukilan ini hati ini terlalu merinduimu Ibu,hati ini tidak mampu untuk berteriak memanggilmu Ibu,Ya Allah…betapa aku menyayangi Ibuku Ya Allah,Kau peliharalah Ibuku sebagaimana dia memeliharaku sejak kecil Ya Allah,Ya Allah Kau berikanlah cahaya kegembiraan buat Ibuku Ya Allah,dekatkanlah dia dengan diriMu Ya Allah,aku hanya insan yang lemah Ya Allah dan aku memerlukan pertolonganMu Ya Allah demi menggembirakan hati Ibu Ya Allah.

Sekarang aku jauh darimu Ibu, disudut kota yang aku tak mengenalnya. Dan jarang sekali aku melihat tatapan itu lagi, jarang sekali aku menikmati senyum manis Ibu yang sejukkan hati. Tapi indah senandungmu masih terngiang dalam sisi ruang telingaku, dan tak akan pernah aku hapus. Ibu tau….? Disini aku-pun kadang terjatuh, aku tak mampu menahan hempasan kesedihan yang terkadang sangat kejam menerpaku. Tapi setidaknya aku masih menyimpan kidungmu Ibu yang pernah kau lantunkan untukku, hingga bisa selalu aku dengar. Aku masih punya rangkaian kata indahmu, untuk selalu aku resapi. Dengan itulah aku kembali berdiri, kembali menatap apa yang aku cari.

“Bangun Long..! bila along nak balik bawa humaira dan hadid?” suara Ibu terdengar merdu ditelingaku. “Bangun Long,Along tidak mahu memeluk Mak ke?”, suara Ibu terus terdengar tapi aku tidak melihat Ibu.Suara yang merdu itu lama kelamaan mulai lirih terdengar, dan akhirnya tidak terdengar lagi dan Handphone ku berbunyi begitu keras.Getarannya sangat besar hingga sangat terasa.Ternyata suara Ibu hanya dalam mimpi dan aku menarik nafas panjang. Rupanya aku bermimpi merindui Ibu. Aku juga rindu sama Ibu, aku ingin pulang. Tapi harus menunggu hujung minggu ini, aku harus pulang dan tanganku menyeka air mata yang tetiba mengalir, diiringi isakkan sendu dari mulutku.

Alhamdulillah aku masih punya Ibu,bagaimana kawanku yang sudah tidak punyai Ibu?

Sunday, 29 May 2011

Hamzah bin Usamah bin Muhammad bin Awad bin Laden

Hamzah bin Usamah bin Muhammad bin Awad bin Laden -hafizhahullah-, lebih dikenal dengan Hamzah bin Ladin atau Hamzah Ladin. Lahir pada tahun 1991. Beliau merupakan Putera Syeikh Usamah bin Ladin -rahimahullah- dari isterinya Khairiah Sabar. Gelaran remaja yang diberikan “Putera Mahkota Teror” oleh media-media barat. Beliau dikhabarkan berhasil melepaskan diri dalam penyerangan di Abbottabad, Pakistan 2 Mei 2011.
Berikut adalah syair yang dibacakan beliau dalam sebuah rekaman video beberapa tahun yang lalu.
Amerika telah datang..
Membuat kekacauan di Khoroj dan Khobar..
Lalu engkau hijrah hidup terasing..
Di bumi yang airnya mengalir deras..
Wahai bapaku, apa yang telah terjadi..
Sehingga kita menghadapi mara bahaya..

Apakah pengorbananmu untuk Ka’abah..
Dianggap kejahatan yang tak dapat diampuni..
Tetap teguhlah bapaku.. Tetap teguhlah bapaku..
Jangan mencari kesenangan dunia dari manusia..

Syurga adalah tempat kembali kita..
Jika Allah menghendaki kita beruntung..
Dunia telah melihat..
Dimana anak-anak disembelih seperti lembu..

Zionis telah membunuh saudara-saudaraku..
Sementara penguasa Arab hanya melakukan kongres saja..
Ekor-ekor Amerika itu buta..
Mereka tidak memiliki mata..

Tinta di atas kertas..
Tidak mereka percaya dan tidak ada pengaruhnya..
Kenapa mereka tidak arahkan kekuatan mereka..
Untuk melindungi anak-anak dari bahaya..

Demi Allah, ini adalah kehinaan besar..
Yang disiarkan berita.. Pengkhianatan yang nyata..
Lalu apakah pengkhianatan akan melindungi kita..
Aku bersumpah demi Allah akan kuperangi orang kafir...

Marilah sama-sama kita mengambil iktibar dan pengajaran disebalik puisi yang dikarangi sendiri oleh Hamzah Usamah.

Husni Mubarak didenda kerana menghalang jaringan internet

Mahkamah pengadilan Mesir mendenda presiden yang baru sahaja digulingkan iaitu Husni Mubarak,nama sedap bersama dua orang pembantunya dengan saman sebanyak £55juta kerana bersalah menghalang jaringan internet serta telepon selama protes terhadap beliau Januari lalu.
Hakim mahkamah memutuskan supaya Mubarak membayar denda sebanyak £20juta, manakal mantan perdana Menteri mesir Ahmed Nazif £4juta serta mantan menteri dalam negeri Habib al-adly sebanyak £30juta kerana menggunakan kebijaksanaan untuk kepentingan peribadi.
Ini adalah keputusan pengadilan yang pertama sejak dia digulingkan pada 11 Februari 2011 lalu. Mubarak juga menghadapi tuduhan yang lebih serius dan masih dalam siasatan mahkamah iaitu pembunuhan terhadap para demostransi, dan seandainya beliau didapati bersalah hukuman mati menanti beliau.
Dua orang anak Mubarak juga Alaa dan Gamal juga diheret ke muka pengadilan atas pelbagai kesalahan jenayah antaranya pembunuhan yang disengajakan,pembunuhan terhadap para pendemonstrasi,penyalahaan gunaan kuasa,melawan hukum yang telah dijatuh semata-mata kepentingan peribadi dan banyak lagi.  

Pembukaan semula pintu sempadan Gaza

Hasil perjanjian Fatah dan Hamas yang diusahakan oleh Kaherah telah memberi peluang kepada penduduk Palestin untuk masuk ke Mesir melalui Gaza semalam.Antara yang mengambil kesempatan dua buah ambulans yang menghantar pesakit ke Mesir dan sebuah bas membawa penumpang, namun pintu sempadan itu akan ditutup pada setiap hari Jumaat dan  lelaki di antara usia 18 dan 40 tahun dikenakan syarat visa untuk memasuki Mesir dari Gaza.

Fawzi Barhum dalam satu kenyataan berharap ia adalah langkah pertama untuk menghapuskan sekatan terhadap Gaza, pusat Hak Asasi palestin berkata pembukaan pintu sempadan Rafah walaupun dialu-alukan, bukanlah penyelesaian kepada isu utama. Sekatan yang dikenakan Tel Aviv terhadap semenanjung Gaza harus ditarik balik. Pergerakan barangan dagangan dan pergerakan bebas penduduk di wilayah diduduki Israel juga harus dibenarkan. Israel memberi amaran bahawa pembukaan Rafah membolehkan kemasukan senjata dan militan ke Gaza. 

Betapa kejamnya pihak Yahudi yang telah berjaya menakluk hampir satu per lima ketua-ketua negara termasuk Malaysia gamaknya, dan itulah dendam orang Yahudi dan nasrani yang mana mereka tidak akan diam sehingga kita ini mengikut cara hidup mereka.Sebagai muslim dan mukmin kita semua sewajarnya menentang sekeras-kerasnya segala bentuk tindakan yang dilakukan oleh ejen-ejen Yahudi didalam maupun diluar negara.Ingat setiap kemungkaran yang berlaku hendaklah ditentang dengan tangan, dan seandainya tidak mampu maka tentanglah dengan lisan, dan seandainya tiada kemampuan juga maka tentanglah dengan hati yakni membenci dan itu sebenarnya menampakkan level iman kita yang rendah,wallahu'alam.


"Wahai orang yang berselimut ! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!" (Al-Muddaththir).
Takbir!!!!Allahuakabar,Allahuakbar,Allahuakbar(orang UMporNO pun boleh bertakbirkan?)

Nampaknya Pilihanraya 13 sudah semakin hampir

Berdasarkan kejayaan PRN Sarawak dan kejayaan memenangi PRK kebelakangan ini adalah petanda PRU 13 akan dilangsungkan oleh Kerajaan Pusat?Semua ini bergantung kepada ongkosnya sahaja.Pihak UMporNO khasnya Be'eNd mesti membuat persiapan yang pastinya dari segi kewangan yang mantap untuk memenangi hati rakyat.Maka bagaimanakah cara untuk mendapatkan dana kewangan yang kukuh untuk menghadapi PRU 13 ini?Antaranya menarik pelabur asing untuk terus melabur kedalam aktiviti pembangunan di Malaysia,kalau takde orang nak melabur cuba pergi ke Negara lain pulak untuk menarik pelabur.Namun pelabur luar akan menilai dulu keadaan situasi sesebuah negara sebelum melabur,contohnya dari segi geografiknya,dari segi keuntungan pelaburannya,dari segi nilai moralnya,dari segi karenah birokrasinya,dari segi suasanan jenayahnya,maknanya dari pelbagai sudut akan dinilai sebelum sesetengah pihak mahu melabur kedalam sesebuah negara.Kalau kawan difitnah liwat di negaranya sendiri adakah kawan itu akan melabur tambahan pula kawannya dipijak dan dicemuh dinegaranya sendiri?kalau editor pun taknak melabur lagikan kasihan melihat kawan difitnah dan dicemuh.

Lantaran itu bagaimana nak jalankan PRU 13 dengan kekontangan idea dan wang ringgit?naikkan harga Ron97 naum majoriti rakyat guna Ron95,dapatlah sikit keuntungan.Nak tarik subsidi petrol dan LPG secara mengejut nanti tentu-tentu rakyat tak undi kita nanti, kenderaan makin lama makin banyak di Malaysia ni,oklah kita naikkan gula la sikit,yang lain tu pandai-pandailah kementerian buat duit untuk tanggung kos penyelenggaran,kos gula-gula untuk PRU13.Ruginya kita jual minyak ke Amerika Syarikat dan beli balik, sepatutnya kita proses dan jual ke AS barulah kita dapat pegang kalau tak banyak sikit ekonomi dunia ye tak..apapun rakyat dah cerdik sekarang ni,nasihat Editor buat lah PRU 13 dan masing-masing muhasabah diri masing-masing,ambik iktibar,kalau menang cuba tunai tanggungjawab sebagai wakil kepada rakyat membela nasib dan kalau kalah calculate balik dimanakah kesilapannya, nak terima kekalahan itu sebagai pengajaran.wah editor dah macam kaunselor la pulak yer..nak buat macam mana kita sesama mukmin itukan bersaudara,editor ulangi mukmin yer..berbeda ama muslim lagian beda ama melayu.

Akhir liga juara Eropah diantara Manchester United menentang Barcelona

Maka penutup musim 2010/2011 akhir pertemuan dua gergasi bolasepak antara Manchester United menentang Barcelona. Perlawanan ini dibawakan terus langsung ke Stadium bersejarah Wembley.Bagi peminat-peminat sukan bolasepak khususnya kan cuba bersengkang mata untuk menonton perlawanan berprestij ini ataupun tidur dulu kendian bangun pada pukul 2am.Bagi yang belia remaja bolehlah menonton di kedai-kedai mamak KIMMA yang ada pasang skrin besar,bagi yang bekerluarga menonton di rumah juga sudah kira oklah.Cuma nasihat Editor apakata solat hajat atau taubat dulu 2 rakaat kan?dah alang-alang bangun ingatlah Allah sama ye tak,Selamat menonton kepada peminat bolasepak!-editor frust tak dapat menonton live...iskk..

Himpunan sejuta belia di Putrajaya capai matlamat atau sebaliknya?

Perdana Menteri kita yang memang sibuk lepas balik lawatan kerja anak konvokesyen pergi pulak lawatan kerja ke Jepun,balik pulak buat pulak Perhimpunan Belia sejuta orang,memang sibuk dengan kucing-kucing kesayangan lagi, sungguh sibuk Tok Jib kita ni.Tak sempat hilang peluh lawatan kerja hari ini 28hb may 2011 Tok Jib kita merasmikan pulak Himpunan Sejuta Belia 2011 yang mana matlamat akhirnya masih kabur,adakah untuk meningkatkan belia ke satu platform yang lebih berdaya saing,atau sekadar propaganda politiknya.Yang pasti Tok Jib sungguh bersemangat menceritakan mengenai kebangkitan 'Syabab Misr' menggulingkan kerajaan Mesir.Jangan kira pemuda Mesir Tok Jib mereka Muslim dan Kristian bersatu demi menjatuhkan kezaliman.

"Adakah anda bersedia untuk mepertahankan Putrajaya?"tanya Tok Jib kita kepada belia-belia yang dianggar lebih kurang 8000 orang sahaja,walaupun Pak Muhyidin kita kata sudah lebih Sejuta belia yang hadir.

Bersungguh benar Tok Jib dalam mencari apakah kehendak belia itu sendiri.Tok Jib kena ingat Populasi belia kat Malaysia ni ada seramai lebih kurang 15.1 juta orang dan belia itu mereka yang berumur dari 16 hinggalah 40 tahunLingkungan umur sebegini Tok Jib semuanya celik It dan pandai menilai baik dan buruk,pandai menilai yang mana kroni yang mana telus,pandai menilai yang mana ikhlas yang mana rasuah,kena ingat tu,adakah anda masih muda belia? yang menariknya kiranya golongan belia ini mewakili separuh daripada populasi rakyat Malaysia maka belia adalah aset 


terbesar pembangunan negara,kalau belia hancur negara kita pun jadi hancur.

Acara pun tak semengah,Sasuke Malaysia,Peraduan Fotografi & Video Sempena HBN 2011,Pertandingan Rekacipta Motosikal Sejuta Belia,KBSYouth Job Fair 2011,MUSC Drag Challenge Official Pit Bike,rentap Futsal 2 Putrajaya,standard Chartered 5KM Funrun,Battlefield Putrajaya,Memancing Sejuta Belia,Karnival Jom Makan 1 Malaysia,Karnival Sukan Air,GIG Dance Rakan Muda 2011.

Sudahlah Tok Jib usah digula-gulakan belia dengan benda-benda begitu,cer cuba Tok Jib buat 'Qiyamuallail Sejuta Belia' pulak lepas ni nak?daripada tengok bola lewat pagi bergaul sesama bukan mahram?Aduhai Tok Jib kesayangan hamba, kalau tidak sesama muslim ni tak kuasa editor nak menegur sesama kita ni Tok Jib, tak lama nak bercucu dah Tok Jib oi....Ingat Tok Jib 3 benda selepas meninggal Tok Jib,doa anak yang soleh, amal jariah dan ilmu yang dimanfaatkan Tok Jib..

Thursday, 26 May 2011

Yang Tiada dalam Akhbar dan Televisyen

Alhamdulillah Liga Piala FA ini sudah hampir ke kemuncaknya dan ada pasukan yang lega dan ada pasukan yang masih 50-50 untuk memenangi gelaran juara Liga dan ada yang sudah selesa dan tidak kurang juga yang mesti kekal dalam Liga supaya musim depan tidak jatuh ke Liga bawah.

Editor amat teruja dan terharu melihat kekhusyukkan para pemain kedua belas Kelantan ini yang tetap menunaikan solat Maghrib meskipun terpaksa beralaskan hamparan batu merah stadium keramat mereka. Lokasi dari pintu H ini diharap dapat membuka hati dan iman para penyokong Kelantan yang lain dalam melaksanakan tugasan dan tanggungjawab  kepada Maha Pencipta Allah swt.


Terima kasih juga kepada pihak pengurusan stadium yang menyediakan kemudahan air dan tikar untuk memudahkan para penyokong yang hadir menunaikan kewajipannya.Situasi ini sukar untuk dilihat di stadium lain atau disiarkan di dada akhbar. Ini antara watak-watak yang menjadi kebanggaan rakyat Kelantan meskipun ada segelintir penyokong Kelantan yang menyebabkan penyokong Kelantan yang lain dipandang sinis penyokong pasukan lain. Yakinlah! Kemenangan atau keputusan perlawanan akan lebih bermakna jika mendapat keredhaan Allah Swt.


Usaha dan sikap yang dipamerkan semua pihak ini harus diteruskan dan dipuji sebagai contoh kepada umat islam lain dengan harapan menjadi ikutan para penyokong Kelantan yang lain.Ini sepatutnya diambil contoh oleh semua pihak yang mengendalikan stadium negeri yang lain.Bola-bola jugak tanggungjawab jangan lupa.Allahuakbar!!

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”
(QS: Al-Baqarah 2:45)

Kurniaan Allah itu tidak mengira sesiapa

Alhamdulillah segala pujian milikMu Ya Allah, Engkau jualah yang memberi rezeki dan memberi hambamu ini sisa-sisa perjalanan kehidupan duniawi ini untuk aku terus berbakti dan beribadah hanya semata untukMu Ya Allah.
Di kesempatan yang dikit ini,marilah sama-sama kita memanjat syukur kehadratNya kerana kita masih mampu membaca,bekerja,berjalan dan membaca blog ini.Shamril Salleh, atau lebih diketahui sebagai Sham Kamikaze bukan orang asing kepada peminat-peminat muzik rock tempatan. Pemain gitar yang dihormati ini dan juga merupakan pengasas kumpulan Kamikaze bukan sahaja seorang artis tetapi juga penerbit muzik, pengubah, penyusun dan gitar sessionist.
Sham Kamikaze dikenali sebagai pemain gitar rock popular di Malaysia. Lahir pada 1976 di dalam sebuah keluarga berlatarbelakang muzik, dia terdedah kepada pelbagai jenis muzik sejak di usia muda. Dia mula belajar bermain gitar pada usia 12 dan telah bermain dalam kumpulan sejak berumur 14 tahun.
Sebagai pemain gitar muda, Sham berterusan mengasah kemahirannya dan membantu ramai artis-artis utama di Malaysia dan luar negara selama bertahun-tahun; dia juga mengajar di Guitar Institute of Malaysia di Kuala Lumpur. Dia membentuk kumpulan Kamikaze pada 1999 dan merekodkan tiga album - Kontroversi, Inspirasi dan 3. Kesemuanya pernah dicalonkan untuk Anugerah Industri Muzik - iaitu sebuah Anugerah Industri Muzik Malaysia, sama seperti U.S. Grammy - dengan album Inspirasi memenangi anugerah AlbumRockTerbaik 2001. Sham pernah bermain dengan ahli-ahli muzik seperti Andy Timmons, Neil Zaza and T.M. Stevens , dan bermain untuk persembahan pembukaan kepada Joe Satriani / Steve Vai / pelancongan Eric Johnson G3 dalam 2000.Kali ini, Sham Kamikaze akan menceritakan pengalamannya mendapat hidayah selepas bertemu dengan Imam Besar Mekah, Sheikh Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudais di Kangar, Perlis. Seterusnya mengubah identiti beliau yang sebelum ini memakai gelang dan bersubang.
Hidayah Allah itu untuk hamba yang sentiasa mencariNya.Ya Allah,andai hambamu ini lupa dari mengingatiMu walau sesaat ingatkan hambamu ini Ya Allah.Tunjukkanlah jalan yang benar yakni jalan yang diredhai olehMu Ya Allah.Amin.

Ranking ke10 dalam Dunia,memang World!!!

Ucapan tahniah yang tidak terhingga ini saya ucapkan khas kepada para pimpinan pentadbir tanahairku tercinta Malaysia,yang mana kita berjaya merangkul tangga ke 10 peminum arak tertinggi didunia,ini adalah satu kejayaan yang mana kita kena pertahankan dimasa-masa akan datang.Biar dunia memandang ini sebagai cabaran kepada negara-negara besar yang lain.
Kepada peminum-peminum arak diluar sana harapan saya ini supaya anda semua mengekalkan prestasi ini dimasa akan datang,kita sebagai pemimpin kan cuba untuk mengkaji selidik dengan lebih mendalam untuk kita terus kekal ditangga ke 10 atau dengan lebih baik lagi naik 2 atau 3 tangga lagi.

"Ya Allah selamatkan Malaysia ku ini Ya Allah,semakin hari semakin tenat Malaysia ku ini Ya Allah..apakah ini yang akan ku tinggalkan untuk generasi anak-anakku kelak Ya Allah,Ya Allah aku tidak akan berhenti mengharap dari Mu Ya Allah supaya Engkau gulingkan kerajaan yang UMporNo dan pastinya BeeNd ini Ya Allah,semoga Engkau memakbulkan doaku Ya Allah..."

Para Pencari Tuhan

Sinetron Para Pencari Tuhan yang ditayangkan di Astro Oasis adalah sinetron yang terbaik yang editor pernah saksikan.Ceritanya yang santai tapi penuh maklumat dan mesej yang ingin disampaikan amatlah berguna.Apa yang menarik ialah jalan ceritanya yang berkisar didalam suasana kampung dan nilai-nilai murni yang digarapkan dalam cerita menjadikan sinetron ini adalah yang terbaik pernah editor saksikan.
Watak-watak didalam sinetron ini juga memang sesuai dan kena pada lakonan.Watak Abang Jack,Barong,Juki,Chelsea,Aya,Udin,Ustaz Ferry,Asrul dan keluarganya Azam dan ramai lagi.Sinetron yang Islamik ini wajar disokong dan diperbanyakkan lagi supaya memberi pendidikan tidak formal kepada masyarakat yang menontonnya.Editor mengucapkan tahniah dan semoga Pengarah dan semua krew yang terlibat dalam Sinetron ini mendapat redha Allah swt dan bisa menghasilkan lagi sinetron yang sebegini dimasa akan datang.Sinetron yang ditayangkan di Astro Oasis itu adalah Jilid 1 dan sebenarnya sinetron ini sudah sampai ke Jilid 4 di Indonesia dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan,ternyata penonton dahagakan sesuatu kelainan dalam penghasilan sesebuah filem.Sungguh islamik,santai dan penuh iktibar.

Untuk pengarah-pengarah filem di Malaysia ini sepatutnya kita menghasilkan karya yang sebegini untuk tontonan masyarakat umum.Tontonan ini biar menjadi panduan dan pedoman kepada masyarakat yang menontonnya.Ianya Islamik dan penuh berilmu,soal rating atau tiada yang mahu menonton itu serahkan kepada Allah swt yang penting ikhlas dalam menghasilkan karya dan semoga mendapat redha Allah.

Kepada yang berminat menonton,bukan nak promosi tapi untuk korang semua menilai keberkesanan sinetron ini jangan lupa lepas balik dari jemaah di masjid atau surau bukak ASTRO OASIS 106 pukul 9-10mlm dan 1.30pm - 2.30pm(ni susah sikit pasal office hour).selamat menonton.Pastinya kelakar dan berilmiah.