Friday, 8 April 2011

HIMPUNAN AMAN SELAMATKAN MALAYSIA (siri 2)

Bantahan rakyat terhadap pembinaan kilang memproses "rare earth" Lynas Corporation Ltd kini semakin meningkat selepas Kerajaan Negeri Pahang mengadakan taklimat awam berkenaan projek itu di Komplek Dagangan Indera Mahkota dan Duta Village dekat Beserah baru-baru ini. Petang tadi, rakyat terus bangkit menyatakan bantahan dan tidak mahu kewujudan kilang tersebut di negeri. Himpunan Membantah Lynas dan Selamatkan Malaysia siri kedua telah diadakan di perkarangan Masjid Balok Makmur selepas solat Jumaat hari ini. Himpunan yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang yang diketuai oleh Ustaz Suhaimi Md Saad,itu telah menarik perhatian para jemaah masjid berkenaan.
“Himpunan ini bertujuan membantah kilang Rare Earth (sejenis bahan radio aktif) Kilang Australia ini nak buka di Gebeng. Tanah nadir yg mengandungi bahan tu dibawa dari Australia, dibersihkan di Malaysia,untung Australia bawa balik,sisa tinggal di Malaysia dan kerajaan Malaysia mesti mengambil tanggung jawab melupuskan sisa itu.”kata Ustaz Suhaimi Md Saad.
Ini kerana, kawasan berkenaan adalah antara lokasi yang paling hampir dengan projek berbahaya itu nanti. Malah, turut kelihatan ialah beberapa pekerja Lynas Malaysia Sdn Bhd yang bersolat Jumaat di situ. Seperti biasa ucapan panas telah dibuat oleh Ustaz Suhaimi, YB Syed Mohammad Syed Lonik (ADUN Beserah),Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) dan SaudaraAndansura Rabu (Ketua Penerangan PAS Indera Mahkota) turut menyampaikan ucapan agar rakyat membantah projek itu dari diteruskan pembinaannya.

No comments:

Post a Comment