Friday, 1 April 2011

VIDEO SEKS TULEN - KETUA POLIS NEGARA

Rakaman video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disahkan ketulenan oleh pakar tempatan yang membuat pemeriksaan video berkenaan kata KPN Tan Sri Ismail Omar.

Memang video tersebut adalah tulen sebagaimana yang diberitahu oleh Datuk Johari Abdul,adun Sg Petani dan pengerusi Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin baru-baru ini. Mereka yang dipanggil untuk menonton rakaman tersebut tidak pernah mempertikaikan kesahihan video itu tapi pelakonnya.

Adalah sukar untuk memalsukan sebuah rakaman berbanding gambar pegun,hal itu memang diakui agak sukar tetapi tidak mustahil boleh dibuat seperti yang diakui oleh pengarah Merong Mahawangsa Yusri Abdul Halim.

Kes rakaman video seks ini belum lagi 'game over',banyak lagi persoalan yang berbangkit seperti siapa yang membuat rakaman dan yang lebih penting siapa yang menyewa bilik hotel tempat perselingkuhan itu berlaku.

Kita tunggu dan lihat apa kesudahannya dan siapa pelakon sebenar rakaman tersebut.

No comments:

Post a Comment