Ucapan tersebut disampaikan di hadapan Najib yang semalam berjanji yang Taib akan berundur,sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa Putrajaya cuba menyegerakan satu rancangan peralihan kepimpinan Sarawak.

Rakyat Sarawak bukan lagi buta dan pekak tidak melihat dan mendengar berbagai kisah penyelewengan Taib yang tak 'toyyib' ni. Wahai rakyat Sarawak..hendaklah kamu berani membuat perubahan dan jangan takut dengan ugutan puak-puak BN. Sudah berapa lama Sarawak diperintah oleh BN tapi masih lagi menjadi negeri termundur di Malaysia tiba-tiba BN melancarkan manifesto untuk menjadikan Sarawak negeri terkaya Malaysia. Selama 40 tahun memerintah BN tak mampu lagi nak kayakan Sarawak takkan nak percaya lagi kata-kata para penyamun ni.
Ayuh rakyat Sarawak,gunakan kuasa undi anda untuk menjatuhkan pemimpin yang zalim dan korup. Janganlah anda semua takut untuk melakukan perubahan kerana kami semua di semenanjung bersama-sama anda untuk menjatuhkan BN.
No comments:
Post a Comment