Wednesday, 13 April 2011

UNDI POS BERMULA HARI INI (PRN SARAWAK)

Pada hari ini 13/4/2011 maka bermula undi pos dikawasan pilihanraya negeri Serawak.Maka abang-abang askar abang-abang polis dan petugas-petugas SPR mulalah membuang undi di tempat yang telah ditetapkan.Sayugia diingat kepada pengundi-pengundi pos agar betul-betul meneliti sebelum membuang undi,ikhlas dalam memangkah dan memilih calon,kerana mungkin dengan satu undi anda ianya bakal merubah sesuatu yang amat besar.Walaupun Editor pernah bertanya kepada abang-abang askar bagaimana cara mengundi pos,jawapannya amatlah mendukacitakan dan menyedihkan.Tidak perlulah Editor menulis bagaimana ianya berlaku tetapi amatlah tidak adil dan berat sebelah sama sekali.

undi jgn tak undi bang!

Sebelum ini pilihanraya diganggu oleh sistem undi pos yang terdedah kepada 1001 ruang manipulasi yang menggugat keesahan undi atau sokongan sebenar buat parti - parti yang bertanding dalam pilihanraya. Editor pernah terfikir sedang zaman telah maju dan canggih ini tidak tahu dimana rasionalnya undi pos dikekalkan melainkan sengaja dipertahankan untuk menjadi talianhayat kepada UMporNO dan BeeNd. Sebagai contoh Datuk Seri Najib pernah kalah dalam pilihanraya umum di kawasannya sendiri PRU lepas lawan dengan ustaz editor sendiri ustaz 'Ramli Ulama'[ Parlimen Pekan ] tetapi diselamatkan oleh undi pos yang begitu banyak . Bahkan ramai lagi mereka yang menang dengan undi pos sedang mereka kalah dengan undi bukan pos. Sehingga mereka mendapat jolokan Wakil Pos bukan Wakil Rakyat .
Editor amat berharap sekali agar pihak SPR lebih transparens dalam apa jua tindakan, jelaskan segala gerakkerja yang telah dilakukan. Ingatlah wahai seluruh petugas-petugas SPR dikiri dan dikanan kita ada malaikat yang mencatit segala kelakuan baik atau buruk yang kita lakukan.Marilah (pihak SPR) kita bersama-sama renungkan kehidupan yang hakiki yang kita semua akan hadapi yang telah dijanji oleh Allah swt,kehidupan didunia hanyalah sementara,berbuat baiklah dan amanahlah dalam segala urusan.Allahuakbar!!

No comments:

Post a Comment