Saturday, 2 April 2011

Siti Nurhaliza - Sampai Bila?

Sebenarnya sudah lama perkara ini bermain di dalam kotak fikiran aku,sampai bila agaknya Siti Nurhaliza akan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar dengan memakai pakaian menutup aurat sepenuhnya?

Seolah-olah Islam yang diamalkan separuh,ialah menutup kepala separuh ni dah lama tapi sampai bila?Mungkin buat permulaan orang ramai tidak kisah tapi bila dah bertahun masih lagi di takuk lama malah kadangkala rambutnya semakin luas kelihatan,berkarat pulak tu.

Umrah sudah beberapa kali tapi tiada perubahan pada penampilan dan perbuatan yang kelihatan,bersalam dengan bukan muhrim,berpakaian ketat dan macam-macam lagi perkara yang menjengkilkan aku. Apakah umrah yang dilakukan itu ikhlas kerana Allah atau kerana nak menunjuk-nunjuk,aku tidak tau samada beliau sudah mengerjakan haji atau tidak kerana aku tidak mengambil pusing aktiviti beliau

Sudah menjadi 'trend' kepada para artis kita sekarang untuk pergi umrah tapi bila kembali ke tanahair perangai tetap sama,apakah Siti pun turut terikut dengan 'trend' tersebut? Sepatutnya semakin berumur kita semakin dekat kita kepada Allah,suami Siti sendiri pun bukannya muda belia sepatutnya tahu hukum-hakam dan tanggungjawab sebagai suami.

Tidak guna membina masjid sebesar mana pun kalau perkara asas sebegini pun tidak mampu untuk menegur isteri,itu dinamakan lelaki dayus. Tapi apa nak dihairankan jika Perdana Menteri sendiri pun dayus

Aku berharap sangat selepas ini Siti dapat belajar lebih lagi tentang Islam,sudah lebih 30 tahun mengaku diri sebagai Islam tapi masih mengamalkan Islam separuh-separuh. Harap-harap selepas ini Siti akan berubah insyaAllah.

No comments:

Post a Comment