Saturday, 2 April 2011

RON97 NAIK LAGI

Pertamanya syabas kerajaan yang memerintah Malaysia dengan kenaikan ini,sebab kami rakyat bawahan guna petrol RON95,maka kami selamatlah.Pengumuman harga petrol naik pun bukan kerajaan yang umumkan,kenaikan itu diumumkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti.Bermakna pengusaha stesen minyak yang mendesak,bukan kerajaan,kerajaan bagus,tolong rakyat,jaga rakyat.Panasnya....sabar.. 


Harga baru untuk RON97 ialah RM2.80, inilah pencapaian tertinggi dalam rekod kenaikan harga minyak, pada zaman Pak Lah dulu pun paling tinggi RM2.70 per liter,aduhai kerajaan ku tercinta,jom kita muhasabah diri kita bersama,RON95 untuk rakyat sederhana,RON97 untuk rakyat berpendapatan tinggi,ini bukan caranya menambat hati rakyat, sepatutnya tidak perlu ada 95 atau 97,buat semua 97 bagi rakyat puas hati,ini tidak,bagi kami golongan marhaen guna minyak mesin rumput.Sepatutnya apabila berlaku krisis Timur Tengah menjadikan permintaan minyak mentah semakin tinggi,dan kita jual kepada negara luar dengan harga yang tinggi,bukannya naikkan harga untuk menekan rakyat!


Sudahnya rakyat makin meluat,dan nak tanya kenaikan harga minyak ni ada kaitan denngan Pilihanraya serawak ke?Saman tertunggak tu ada kaitan dengan pilihanraya Serawak ke?apa lagi cukai perkhidmatan yang naik 6% tu ader kaitan dengan pilihanraya serawak ker?Cuba renung balik,cuba kaji balik,yang bertanding pilihanraya sepatutnya dia tampilkan personaliti yang menarik rakyat,yang bakal menjadi wakil kepada rakyat,bukan mewahkan atau gula-gulakan rakyat untuk menjadi wakil rakyat.Maka untuk PRU akan datang saya menyeru dai sudut hati naluri saya jom kita ubah kerajaan kita,kita kuburkan dan kita talkinkan,takbir!!!

No comments:

Post a Comment