Wednesday, 6 April 2011

Video Seks Anwar?

Semalam heboh dalam media masa arus perdana dan blog tak kira pro kerajaan atau pembangkang membincangkan tentang video seks.

Seolah-olah Malaysia sudah menjadi negara maju tahap 'gaban',ialah sekarang orang boleh menayangkan 'blue film'di hotel dan dihebohkan dalam media akan tayangannya. Ia seolah-olah mendapat 'permit' dari polis tidak seperti ceramah pihak pembangkang yang memerlukan permit.


Bermacam-macam komen yang dilontarkan untuk menyokong teori masing-masing,bloger pencacai umno sibuk mencari persamaan.

Lihat gambar diatas yang aku curi dari blog mereka,dan lihat gambar di bawah dari blog pro PR tentang perbezaan perut yang dikatakan buncit itu.
Kalau kita mencari persamaan maka persamaanlah yang akan ditemui dan jika kita mencari perbezaan maka perbezaanlah yang akan ditemui. Maka berbagai-bagai hujjah yang akan kita beri untuk menyokong teori masing-masing.

Bagi aku sendiri tak payahlah nak cari persamaan atau perbezaan,dah nampak dari awal bahawa isu ini adalah perancangan puak-puak umno/bn. Sebab dari kronologi kes ini sudah nampak yang ianya dirancang atas sebab tertentu untuk menjatuhkan orang tertentu atas kepentingan pihak yang tertentu.

Tak usah sangat dilayan propaganda puak umno/bn yang cuba mengalihkan isu penting sekarang ini iaitu Pilihanraya Negeri Sarawak.

No comments:

Post a Comment