Saturday, 23 April 2011

Bila Ketua Polis Negara Masuk Hospital

Berbagai-bagai 'rumors' dikeluarkan apabila Ketua Polis Negara dikejarkan ke hospital,hanya akibat keletihan. Tan Sri Ismail sepatutnya bersyukur kerana sakit yang Allah beri kepada kita itu adalah untuk mengurangkan dosa kita dan kita tak tergolong dalam kalangan Firaun kerana Firaun tidak pernah sakit hatta demam sekalipun.

Beliau dikejarkan ke hospital kerana letih selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan di Bukit Aman dan dimasukkan ke hospital Pantai. Kerja sebagai Ketua Polis Negara (KPN) tidaklah penat sangat sebenarnya jika nak dibandingkan dengan kerja sebagai anggota polis biasa yang mengejar penjahat atau menghalang ceramah pakatan silap-silap kena baling dengan kerusi.

Tapi yang penat ialah menjaga puak-puak umporno haramjadah ni sebenarnya,banyak kes yang KPN kena 'cover'. Kes Datuk 'T',kes kematian Teoh Beng Hock,kes kematian Sarbani dan macam-macam lagi kes yang menimbulkan persoalan kepada rakyat ini semua KPN kena jawab. Najib hanya duduk di belakang tabir memberi arahan itu ini tapi yang menanggung adalah KPN.

Sampai Musa Hassan sendiri pun hampir-hampir kena strok semasa memegang jawatan tersebut,semoga setelah Tan Sri Ismail keluar daripada hospital nanti beliau kena ingat yang beliau memegang jawatan itu adalah kerana rakyat. Bukan kerana menjaga sesetengah pemimpin umporno dan BN. Tiada guna lambang 'integriti'sebesar kuali pun yang dilekatkan di dada jika tidak ikhlas dengan kerja.

Kalau lambang integriti melekat di dada tapi masih ramai anggota dan pegawai polis yang 'mengutip' duit di tepi-tepi jalan,di belakang lorong sehingga ke dalam kelab atau hotel-hotel mewah lebih baik lambang itu dicampak sahaja ke longkang. KPN kena ingat bahawa rakyat memerhatikan tindak-tanduk beliau dan anggota bawahan beliau,polis mesti bekerja dengan ikhlas kerana rakyat tidak kira penyokong BN atau pembangkang adalah pembayar cukai dan dengan itu polis mesti bersikap 'neutral' dan berat sebelah.

Semoga KPN cepat sembuh dan boleh kembali bertugas dengan segera dan lebih amanah kepada tugas bukannya amanah kepada pemimpin umno dan BN sahaja.

No comments:

Post a Comment