Sunday, 3 April 2011

TSUNAMI MEMBERI IMPAK KEPADA KERETA JEPUN

Model kereta Jepun merangkumi kira-kira satu pertiga daripada jualan kereta di Malaysia, diterajui oleh Toyota Motor Corp, Honda Motor Co dan Nissan Motor Co.Pengeluar kereta Jepun menghentikan pengeluarannya selepas gempa bumi dan tsunami yang berlaku 11 Mac lalu menyebabkan kemusnahan kilang pembekal di pantai timur Jepun dan kekurangan bekalan elektrik.
Setelah hampir sebulan Tsunami melanda Jepun dan sekarang memberi kesan terhadap komponen kenderaan yang masih dibekalkan oleh pihak Jepun sendiri,kita ambil contoh Toyota Motor corporation sendiri yang mana untuk jualan sekitar asia pemasangan kenderaan itu sendiri hampir 80% datangnya dari Thailand.Pihak syarikat telah membuat pelaburan dengan membuka kilang pemasangan kenderaan Toyota di Thailand memandang kos buruh rendah,namun komponen kenderaan itu sendiri hampir 45% masih dibekalkan dari Jepun.
Apabila bencana alam ini melanda dan impaknya adalah berdepan kekurangan bahagian dan komponen kenderaan susulan bencana gempa bumi dan tsunami di Jepun. Ini mewujudkan tempoh menunggu untuk mendapat kenderaan agak panjang berbanding sebelum ini.
Masalah tempoh menunggu yang agak lama ini bukan hanya terhadap toyota Motor Corporation sahaja malah Honda dan Nissan juga tetap merasainya.Nissan Motor Co dijangka lebih lama kerana kilang pengeluar komponen kenderaannya betul-betul dikawasan gempa bumi dan tsunami iaitu Sendai.
Bagi pengguna diluar sana yang berhajat untuk membeli kenderaan baru Toyota,Honda ataupun Nissan untuk bergaya di Hari Raya eidul fitri,kena membuat tempahan bermula dari sekarang kerana tempoh menunggu 2-3bulan,mengikut model kenderaan yang ditempah.

No comments:

Post a Comment