Friday, 29 April 2011

Lagi Drama "SUMPAH LAKNAT' Akan Dipentaskan

Malam tadi semasa menunggu 'order' makanan di kedai untuk dibawa balik kepada zaujah dan anak-anak aku tertengok Buletin Utama TV3 yang dah lama aku tak tengok.

Berita utama tak ada berita lain dah,mesti citer pasal video lucah. Kali ni Datuk Shazryl Eskay pulak yang akan melakukan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul. Beliau bermati-matian mengatakan bahawa beliau betul-betul pasti bahawa orang yang terlibat adalah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau juga ada dalam klip video tersebut.

Yang aku pelik dulu beliau mengatakan bahawa beliau terjumpa perakam video tiba-tiba mengatakan pula beliau juga berada dalam klip video tersebut. Eh!! yang mana satu betul ni kejap terjumpa kejap ada dalam klip video. Bila jam Omega yang didakwa milik Anwar rupa-rupanya jam yang dibeli di Taiwan 'Datuk Taik' ni cari helah lain pula nak kelabukan mata rakyat.

Bagaimanapun masih belum pasti 2 lagi anggota Datuk T ini iaitu bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Datuk Shuib Lazim juga akan melakukan sumpah laknat,bila diasak oleh wartawan Rahim mengatakan "Eskay (bersumpah) wakili semualah". Boleh main wakil-wakil la pulak,boleh ke bersumpah ni pakai wakil?

Kita tunggu selepas solat jumaat ni samada 2 orang lagi 'Datuk Taik' ni akan bersumpah atau tidak? Kita tak tau siapa 'pengarah' drama sumpah laknat ni tapi aku dah agak mesti 'pengarah' yang sama dengan drama sumpah laknat Saiful Bukhari. Skrip pun aku agak oleh 'penulis skrip' yang sama dan mungkin oleh 'syarikat produksi' yang sama akan mementaskan drama ini.

Biarlah mereka nak bersumpah berapa ribu kali pun kerana pada mereka sumpah yang dilakukan tak akan mendatangkan kesan apa pun. Kerana mereka bukan orang yang beriman,kenapa aku berani mengatakan mereka tidak beriman kerana orang yang beriman tak akan mendedahkan aib orang lain dan tak semestinya orang islam itu beriman.

'Produser' drama ini sebenarnya takut kerana isu video lucah ini lansung tidak memberi kesan dalam PRN Sarawak baru-baru ini,malah BN hilang lagi 8 kerusi. Bebab tu untuk meyakinkan rakyat maka 'scene' sumpah ni terpaksa diadakan walaupun dalam skrip asal benda ni tak ada tetapi terpaksa diadakan untuk memberikan satu rasa 'suspen' kepada penonton.

Aku harap korang nilai sendirilah isu ini,kalau tak boleh nilai korang tanyalah ulama' termasuk ulama' muda umno sendiri yang tidak setuju dengan isu ini.

No comments:

Post a Comment