Saturday, 16 April 2011

BN Kekal Majoriti 2/3,Hilang 8 Kerusi


Barisan Nasional (BN) Sarawak berjaya mengekalkan majoriti 2/3 dalam Pilihanraya Negeri Sarawak tetapi hilang lagi lapan kerusi.

Walaupun BN berjaya mengekalkan majoriti 2/3 tetapi ini merupakan prestasi paling buruk buat BN,Pakatan Rakyat (PR) menang 15 kerusi iaitu DAP-13 dan PKR-3 serta calon bebas menang 1 kerusi iaitu di N54 Pelagus. PAS yang bertanding sebanyak 5 kerusi kalah kesemuanya tetapi berjaya menambah bilangan undi.

Ini merupakan satu anjakan momentum yang baik walaupun kalah tapi kebanyakan kerusi yang ditandingi PR berjaya menokok sokongan. Dengan maklumat yang diterima oleh rakyat terbatas dan waktu berkempen yang singkat jika nak dibandingkan dengan keluasan tiap-tiap kawasan pengundian menyukarkan para petugas PR untuk bertemu para pengundi berbanding BN yang menggunakan sepenuhnya agensi-agensi kerajaan untuk berkempen.

Berbeza dengan kerusi di kawasan bandar yang majoriti pengundi kaum cina PR berjaya menang dan ini memberi satu tamparan kepada Najib. Niatnya untuk membubarkan parlimen dalam waktu terdekat nampaknya terpaksa dibatalkan dan menganjak niat tersebut ke satu tarikh yang lain. Kini BN tidak lagi boleh menganggap Sarawak sebagai 'fixed deposit' mereka.

Kalau rakyat Sarawak sudah berani membuat perubahan,kenapa kita di semenanjung tidak berani? Aku percaya jika Taib Mahmud sekali lagi dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak dalam PRU13 nanti  lagi banyak kerusi parlimen di Sarawak akan berjaya dimenangi oleh PR.

Tahniah kepada para petugas PR yang tanpa mengira penat dan lelah bertugas untuk memenangkan PR,sesungguhnya menang atau kalah sudah jatuh no 2 yang penting kepuasan/kemanisan dalam perjuangan dan redha Allah yang kita cari. Yang menang tak semestinya betul dan kalah tak semestinya salah..takbir.

No comments:

Post a Comment