Friday, 1 April 2011

Cico Harahap Masuk PAS?

Cico anak kepada penyanyi terkenal tahun 70an Uji Rashid sekarang nampaknya sedang berjinak-jinak dengan PAS,nampaknya beliau mengikuti jejak langkah Bob Lokman yang sudah mengisytiharkan dirinya sebagai ahli PAS.

Terbaru pada 30 Mac 2011 kelibat Cico kelihatan bersama Bob Lokman dan Ust Zulkifli Ahmad selepas kuliah magrib di Masjid Al-Azim Pandan Indah.

Nampaknya kemasukan Bob Lokman ke dalam PAS berjaya menarik sokongan para artis yang lain untuk sama-sama menyokong perjuangan PAS.

Setakat ini tiada kenyataan yang dikeluarkan oleh Cico berhubung perkara ini,tak kisahlah samada Cico masuk PAS atau tidak tapi yang penting Cico nampaknya semakin berubah ke arah kebaikan berbanding sebelum ini.

Semoga selepas ini semakin ramai artis yang akan mendekati perjuangan PAS dan menerapkan pendekatan Islam dalam kerjaya mereka sebagai artis.

No comments:

Post a Comment