Thursday, 7 April 2011

LAGI SEORANG MATI DI BANGUNAN SPRM

Dalam kita sibuk membicarakan isu video seks dan Pilihanraya Negeri Sarawak,tiba-tiba kita dikejutkan dengan satu lagi kes kematian akibat terjatuh dari bangunan SPRM.

Kini ia melibatkan seorang pegawai kanan Kastam Di Raja Malaysia (KDRM) yang dikenali sebagai Ahmad Sarbani Mohamed 56,beliau merupakan pembantu pengarah KDRM Selangor. Beliau juga merupakan salah seorang antara 62 orang pegawai yang ditahan oleh SPRM berhubung kes rasuah baru-baru ini.

Sementara kes Teoh Beng Hock masih lagi dalam peringkat perbicaraan oleh Suruhanjaya DiRaja maka sebuah lagi Suruhanjaya kena ditubuhkan untuk menyiasat kes kematian yang diklasifikasikan oleh pihak polis sebagai kematian mengejut.

Kenapa Allah takdirkan kematian ini berlaku di bangunan SPRM,dalam kes Teoh di bangunan Masalam Shah Alam dan kini di bangunan SPRM Jalan Cochrane. Tapi kenapa ianya berlaku dalam kawasan SPRM hanya Allah yang mengetahui kerana ini semua adalah rancanganNya.

Kita tidak tahu kematian ini disebabkan oleh bunuh diri atau dibunuh? Sedang orang awam masih lagi curiga dengan pihak SPRM maka terjadi pula satu kes yang mendatangkan syak kepada umum terhadap kewibawaan SPRM. Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin supaya orang ramai tidak membuat tanggapan yang buruk samada kepada SPRM atau mangsa sendiri.

Kita tunggu dan lihat apa kesudahan kes ini,semoga pihak yang terlibat dapat menjalankan siasatan dengan telus dan adil.

No comments:

Post a Comment