Tuesday, 5 April 2011

Mari Menonton Video Lucah

Semalam 4 April 2011 heboh dalam media massa tentang kemunculan video lucah Ketua Pembangkang,ramai yang menggodek internet untuk melihat dengan mata kepala sendiri betulkah ianya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Biarlah orang nak tengok,tapi aku mengambil prinsip tidak mahu tengok sebab benda ni haram,aku tak nak ulangi lagi perangai lama. Maklumlah masa muda semua benda nak cuba,nak tengok dan macam-macam lagi nak.

Berbalik pada persoalan di atas,aku rasa mungkin ramai yang dah tengok dan macam-macam persoalan yang bermain di minda masing. Ada yang mengatakan "eh betul laa sebijik macam ........." ada juga yang kata "tak berapa jelaslah sebab tak fokus muka" dan macam-macam ulasan.

Bagi aku betul atau tidak terpulang kepada induvidu masing-masing,apa yang lebih penting kepada aku ialah prinsip. Kalau betul Anwar yang melakukan perkara tersebut kenapa tidak dipanggil pihak yang berwajib supaya dapat ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan. Bukan dengan cara merakam dan menyiarkan untuk mengaibkan induvidu terbabit.

Kita menyokong seseorang berdasarkan kepada prinsip perjuangan,kalau betul pun Anwar melakukannya sekalipun ia tidak melibatkan kemudaratan kepada awam. Aku ulangi "kalau betul" dan aku tidak langsung mempercayainya dengan hanya menengok video tersebut.

Kita menyokong Lim Guan Eng misalnya bukan kerana akidah beliau tapi kerana cara pentdbirannya yang telus dan sanggup berkhidmat untuk rakyat dan beliau sanggup masuk penjara demi membela budak melayu yang dirogol oleh pemimpin melayu.

Jangan jadikan isu video terbabit sebagai 'virus' yang melemahkan semangat kita untuk berjuang menentang regim Najib,sebenarnya isu tersebut akan memakan diri orang yang memainkannya. Ingatlah wahai orang umno,sesungguhnya para penyokong Anwar menyayangi Anwar sebagaimana Azizah menyayangi suaminya.

No comments:

Post a Comment