Sunday, 24 April 2011

Nikah Di Mekah,'Trend' Artis Masa Kini

Sekarang sudah menjadi satu 'trend' kepada para artis kita untuk melansungkan pernikahan di Mekah. Tebaru pelakon drama bersiri 'Ustaz Amirul' Ashraf Muslim 30 akan menamatkan zaman bujangnya bersama Noor Dayana Lokman 24, dengan memilih Masjidil Haram sebagai lokasi pernikahannya pada 1 syawal nanti.

Sebelum ini pelakon Umi Aida juga memilih Mekah untuk bernikah,tidak menjadi kesalahan untuk melansungkan pernikahan di mana saja pun hatta nak bernikah di angkasa lepas terpulang kepada individu masing-masing. Tapi yang menjadi masalah ialah selepas pulang daripada Mekah perangai masih sama masih melakukan dosa dengan mendedahkan aurat macam kes Umi Aida yang kita sedia maklum sebelum ini.

Mungkin sejak memegang watak sebagai 'Ustaz Amirul' kini Ashraf kini nampaknya semakin mendekati ajaran Islam,semoga beliau sentiasa 'istiqamah' dalam memperjuangkan Islam. Jangan jadi macam sesetengah artis bila balik dari mengerjakan haji pun masih tergedik-gedik,dedah aurat,bersentuhan dengan bukan mahram. Ke Mekah bukan main sampai sebulan bulan Ramadhan berada di sana tapi balik duk macam tu juga macam Siti Nurhaliza yang duk tayang jambul dan berbaju ketat.

Apakah mereka ini ke Mekah untuk beribadat dan bertaubat atau sekadar makan angin sebab mereka ni mampu. Kalau nak dibandingkan dengan Abu Lahab yang bukan setakat nikah tapi lahir dan mati pun di Mekah,memang kita kalah. Tapi Allah tak pandang semua itu,yang Allah pandang ialah iman seseorang. Tak salah nak nikah di Mekah tapi biarlah ikhlas bukan sebab nak menunjuk-nunjuk.

Kepada artis-artis yang nak ke Mekah untuk umrah atau haji,biarlah bila balik nanti kita boleh menjadi contoh kepada artis lain dan para peminat. Sebaik mungkin sebelum ke Mekah belajar dulu bab agama supaya kita faham hukum-hakam,apa yang boleh dan apa yang tidak baru kita tahu tanggungjawab sebagai muslim sebenar.

No comments:

Post a Comment