Sunday, 1 May 2011

Selamat Menyambut Hari Buruh

Hari ini 1 Mei kita sama-sama menyambut hari buruh/pekerja untuk tahun 2011,pagi ini di Kuala Lumpur sudah 2 aktivis ditangkap kerana menyertai demo hari buruh. Mereka ini bukan saja-saja nak berdemo,bukan seronok pun. Duduk kat rumah layan kopi jantan sambil baca Mingguan Meloya lagi 'best'.

Daripada duk terjerit-jerit membuat tuntutan untuk orang lain lebih baik layan video seks,tapi kenapa mereka ini sanggup bersusah-payah hanya kerana nak menuntut gaji minima? Salah seorang yang ditangkap ialah Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvam. Penyelaras NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Nalini E mendakwa setakat ini sudah 19 orang ditangkap tetapi jumlah itu belum disahkan oleh pihak berkuasa.

Tapi mereka ni sanggup berpenat,ditangkap dan macam-macam lagi hanya untuk membela para pekerja. Pemimpin yang macam ni kita cari bukan pemimpin yang hanya memikirkan perut dan bawah perut sendiri. Kalau betullah puak-puak umno/bn benar berkhidmat untuk rakyat sepatutnya mereka pun patut turun berdemo untuk rakyat bukan berdemo mintak DNA.

Kalau puak-puak umno berdemo tak ada pulak tangkapan dibuat,kononnya perhimpunan aman. Tapi demo ini hanya menuntut gaji minima diselaraskan adalah untuk kesenangan rakyat jelata bukan untuk kepentingan masing-masing. Dalam keadaan rakyat yang terhimpit dengan segala macam kenaikan kos sepatutnya kerajaan menimbang untuk menyelesaikan perkara ini.

Hari ini kalau kita pergi ke pasar dengan membawa wang RM50 apa yang kita boleh dapat? Sedang kita berbangga dengan nilai ringgit yang tinggi sepatutnya harga barang-barang keperluan rendah dan mampu dibeli oleh rakyat. Kenapa kerajaan takut untuk melaksanakan dasar gaji minima ini atau kerajaan takut dengan syarikat-syarikat besar,mungkin kerajaan ingin mencari untung dengan titik peluh rakyat?

Sebab itu kita sebagai rakyat perlu sedar,adalah sukar untuk menukar cara pemerintahan jika orang yang memerintah tidak paham perit-jerih yang dirasai oleh rakyat. Mereka ini bukan pernah pergi ke pasar membeli barang keperluan dan mereka bukan perlu mengisi petrol ke dalam kenderaan macam orang awam. Apa yang mereka tahu minyak kereta,helikopter,kapal terbang,hotel,makan mereka sudah disiapkan.

Kita sebagai rakyatlah yang menanggung segala macam masalah bermula dari celik mata sudah memikirkan apa yang nak dibelanjakan hari ini,esok,lusa dan seterusnya. Bekerja mencari rezeki untuk keluarga bukan senang,nak dapat satu-satu tender kena ada kabel,pernah sekali orang tanya aku masa pergi melawat tapak nak masuk tender "enkau ada kabel ke" aku cakap "ada kabel paling besar" dia tanya lagi "siapa" aku pun tunjuk kat atas "Allah" maka mamat tu pun terdiam.

Oleh yang demikian gunakanlah hak kita dalam PRU13 nanti supaya hidup kita lebih terjamin,memanglah sesiapa yang memerintah pun kita tetap kita,polis,askar,kerani,pegawai,kontraktor dan sebagainya kita masih macam tu tapi mungkin hidup kita lebih senang. Kita bagi peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah,bukan lama pun 5 tahun,kalau mereka bagus kita sambung lagi dan jika mereka pun dua kali lima kita gantikan dengan yang lain.


Selamat menyambut hari buruh.

No comments:

Post a Comment