Sunday, 3 April 2011

KEMBALIKAN HAK ROYALTI KELANTAN - KU LI

Bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menggesa Putrajaya tidak menganaktirikan negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat merujuk isu hak royalti minyak oleh Kelantan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata "saya rasa tidak ada perkara yang patut menghalang pemberian wang tunai ini daripada dilanjutkan ke negeri berkenaan (Kelantan). Ada minyak bayarlah," semasa ditemuramah oleh TV Selangor.

Beliau menambah wang ehsan ini tiada dalam Akta Kemajuan Petroleum,wang ehsan ini adalah sedekah dan rakyat Kelantan tidak mahu kepada sedekah. Apa yang rakyat Kelantan mahu adalah hak royalti minyak yang dinafikan oleh kerajaan pusat. Katanya lagi "tak kira siapa kerajaan pun,samada Kelantan,Kedah,Pahang.Selangor dan Johor sama sahaja. Jadi jika nak menganaktiri negeri sebab berlainan politik tak patut,sebab rakyat yang menanggungnya."

Sebenarnya bukan dalam bab royalti minyak sahaja,dalam bab peruntukan kepada kerajaan negeri memang pusat mengamalkan 'double standard'. Apa sebab JPP ditubuhkan di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat kalau bukan dengan niat jahat hendak menunjukkan hanya pusat(BN) yang pandai mentadbir dan orang lain selain BN tidak boleh.

Perkara yang sama berlaku ketika Terengganu diperintah oleh PAS,pusat menafikan hak royalti kepada Terengganu. Sebabnya hanya satu sahaja,jika negeri-negeri tersebut mendapat wang royalti maka pembangunan dapat dijalankan dengan pesat dan ini menyulitkan BN untuk merampas negeri-negeri tersebut.

Di Selangor misalnya,kerajaan negeri Selangor mempunyai kewangan yang kukuh maka rakyatnya dapat berbagai manfaat contohnya subsidi air,puak-puak BN yang menyalak di Selangor itu pun tiap-tiap bulan dapat subsidi air dari kerajaan negeri. Bukan itu sahaja,banyak lagi bantuan yang diberikan kepada rakyat tidak mengira idealogi politik dan kaum.

Jadi untuk kesejahteraan kita di masa hadapan mari kita gunakan kuasa undi kita untuk menumbangkan 'regim' Najib-Rosmah untuk menuju kearah Malaysia baru yang lebih prihatin akan masalah rakyat.

No comments:

Post a Comment