Saturday, 9 April 2011

NAJIB TIDAK SERIUS DALAM KES SARBANI

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abd Razak meyangkal dakwaan ahli Pakatan Rakyat dengan mengeluarkan kenyataan kematian Teoh Beng Hock dengan Penolong Pengarah Kastam Ahmad Sarbani tiada wujud persamaan.Rabu lalu, Penolong Pengarah cawangan Import Eksport dan Kawalan Sempadan KDRM Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan itu.Beliau merupakan saksi bagi kes penyelewengan dalam Kastam. Di mana baru-baru ini kita dikejutkan dengan laporan penyelewengan Kastam bernilai 108 billion. Satu jumlah wang rakyat yang begitu banyak. Jika wang itu diperuntukkan untuk subsidi atau pembangunan secara adil, tentu keseluruhan rakyat dapat menikmati.


"Najib adalah salah kerana ada persamaan dengan kematian Teoh Beng Hock. Kedua-dua mereka mati di bangunan kerajaan kettika dalam tahanan agensi pihak berkuasa,” kata ahli parlimen Klang, Charles Santiago.

Santiago dan tiga lagi ahli parlimen - MP Shah Alam Khalid Samad, MP Teluk Intan M Manogaran dan MP Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud hari berjumpa dengan pengarah SPRM Selangor Datuk Jaafar Maahad bagi melahirkan kebimbangan mereka berhubung keselamatan orang ramai kepada suruhanjaya itu.


Kenyataan Najib itu memperlihatkan kepada masyarakat bijak pandai bahawa kerajaan tidak mengambil langkah-langkah yang tertentu dan menunjukkan keperihatinan kerajaan dalam menyelesaikan satu-satu kes yang melibatkan kematian,khususnya kes Penolong Pengarah Kastam Ahmad Sarbani ketika masih dalam jagaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


“Suruhanjaya Siasatan DiRaja mesti ditubuhkan untuk mensyiasat kematian Allahyarham Sarbani dengan serta-merta dengan melibatkan masyarakat sivil serta menyiasat struktur dan organisasi SPRM dalam kes ini,” kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Makin hari makin menjadi-jadi kes kematian samada disengajakan atau dirancang yang tentunya adalah ketentuan Ilahi dan hikmah disebalik sesuatu perkara,tunggu dan lihat apa pulak lepas ni?

No comments:

Post a Comment