Sunday, 24 April 2011

Saman Lalulintas secara terang-terangan

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata yang pihak polis tidak lagi menyorok dibelakang tiang atau belakang pokok semata-mata untuk memerangkap pesalah-pesalah lalulintas.Arahan ini telah dikeluarkan dan berharap bahawa anggota polis dapat mempraktikkan secepat mungkin.
“Kita akan berada di tempat-tempat terpilih yang dapat dilihat pengguna jalan raya dan mengeluarkan saman secara terus jika mereka melakukan kesalahan,”kata beliau ketika mengadakan seisi dialog dengan 1000 belia India pada Majlis Sehari Bersama Kontinjen Selangor, di sini semalam.
Khalid berkata dengan pendedahan terbaru ini mendidik orang ramai supaya lebih menghormati undang-undang dan pegawai polis itu sendiri.Beliau tidak mahu orang ramai menghormati undang-undang jalanraya tatkala pihak polis ada ditempat itu sahaj, malah pihaknya mahu orang ramai lebih terdidik dengan menghormati kedaulatan undang-undang jalanraya.


Undang-undang jalanraya orang ramai kena hormati,supaya kedaulatannya terpelihara,tapi bagaimana undang-undang membunuh orang yang mempunyai bukti tentang sesuatu kezaliman yang berlaku dalam poltik Negara kita?hinggakan mati,memang mafia.Tidak mustahil 2 orang yang mati ditempat yang sama tanpa orang lain yang melalui kawasan itu tidak terjatuh dan mati?apa rakyat sekarang bodoh sangat ker?Asal nak pilihanraya maka keluarlah video seks lah,liwatlah,apa jenis kementerian yang meluluskan segala bentuk pendidikan tidak formal ini?malulah kepada Pencipta kita Allah Swt,ingatlah hukum mati dibalas mati,kena ingat tu,barulah orang takut nak buat kesalahan.Setakat undang-undang korang tak ada yang takut sebab boleh bayar kalau nak lepas.Cuba praktik hukum Allah dalam perlembagaan?ada berani?Takbir!!!

No comments:

Post a Comment