Saturday, 9 April 2011

JOM KITA KE PRN SARAWAK!

Proses penamaan calon sudah pun dijalankan dan PAS meletakkan 5 calon berbanding seorang calon pada Pilihanraya 2006 lepas.Ikutkan PAS sudah mula menambat hati rakyat Sarawak di kawasan Miri,Sibu dan Bintulu,namun PAS tidak bertanding dikawasan tersebut berdasarkan jumlah pengundi mengikut kaum.PAS bertanding di N3-Tanjung Datu,N15-Muara Tuang,N20-Sadong Jaya,N22-Sebuyau dan N24-Beting Maro.
macam ayat terdesak jer ni?dah takde sokongan ker?
Harapan PAS untuk memenangi kerusi untuk kelima-lima kerusi mungkin agak mustahil tetapi untuk mendapat satu atau dua kerusi adalah tidak mustahil terutama di kerusi Beting Maro dan Sadong Jaya.

Terbuka sikit harapan PAS untuk menang tanpa bertanding, semasa penangguhan pengumuman calon Muara Tuang kerana kegagalan calon BN mengemukakan penyata pilihanraya lepas. Harapannya, PAS akan menang percuma kerana kesilapan calon BN. Pun begitu dalam hati tak yakin SPR akan beri laluan kemenangan dan ternyata benar SPR sudah diprogramkan untuk bantu BN.

Kes yang sama berlaku di Bukit Selambau Kedah semasa PRU 12, calon PKR gagal kemukakan penyata yang sama. SPR tak tunggu sehingga 1.40 petang sebaliknya tepat jam 11.00 pagi terus batalkan pencalonan calon PKR berkenaan.
Mood Rakyat Sarawak kini juga jauh berbeda berbanding 2006 dahulu, kini mereka lebih bersemangat untuk menerima perubahan,ini dinyatakan oleh Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution Ismail
" Kalau dulu 2002, 2006 kita bergelut memperkenalkan lambang kita, kita bergelut cuba memberikan alasan dan rasional kenapa kita mesti hadir menawar diri di Sarawak tetapi kali ini kita telah melepasi tahap itu, perkenalkan parti, menerangkan dasar-dasar perjuangan parti sudahpun kita melepasi tahap itu. Saya fikir itu yang menyumbang kepada penerimaan dan kesedaran yang sekali gus membentuk 'mood' rakyat negeri Sarawak sama ada ianya komuniti Tiong Hua ataupun komuniti pribumi, Iban, Bidayuh, Orang Asal termasuk juga komuniti Melayu,"katanya.

Sikecil pun pandai nak bawak bendera apa
Ketua Parlimen DAP,Lim Kit Siang juga tidak kurang hebatnya,dalam satu ceramah di Kota Sentosa, Kuching yang menarik kehadiran kira-kira 5,000 orang, semalam.Lim Kit Siang disambut dengan tepukan gemuruh setibanya di Kota Sentosa, dan beliau memulakan ceramahnya dengan melontarkan soalan, "Sudahkah rakyat bersedia untuk perubahan?", disambut dengan teriakan, "Ya!" Taib Mahmud, atau lebih dikenali sebagai "Pak Uban" dijadikan sasaran sepanjang kempen PRN Sarawak, dan isu ini mendapat sambutan yang hangat terutamanya di kalangan komuniti Cina. dalam satu ceramah di Kota Sentosa, Kuching yang menarik kehadiran kira-kira 5,000 orang, semalam.
Lim Kit Siang disambut dengan tepukan gemuruh setibanya di Kota Sentosa, dan beliau memulakan ceramahnya dengan melontarkan soalan, "Sudahkah rakyat bersedia untuk perubahan?", disambut dengan teriakan, "Ya!" Taib Mahmud, atau lebih dikenali sebagai "Pak Uban" dijadikan sasaran sepanjang kempen PRN Sarawak, dan isu ini mendapat sambutan yang hangat terutamanya di kalangan komuniti Cina. 
Wadah PAS adalah peluang petugas parti sebagai da'i meluaskan medan dakwah dan salah satu cara berdakwah adalah dengan menambahkan mad'u melalui penambahan cawangan.Syabas kepada PAS Perak kerana berjaya menubuhkan banyak cawangan PAS di Muara Tuang. Tahniah juga kepada semua petugas PAS terutama petugas PAS Perak yang sanggup datang berkempen mengorbankan masa, tenaga dan belanja. Anda hebat sebab tak ramai yang berkemampuan seperti anda.TAKBIR!!!Allahuakbar!!

No comments:

Post a Comment