Thursday, 21 April 2011

Beranikah Najib Bubar Parlimen?

Selepas mendakwa menang besar dalam PRN Sarawak dengan majoriti 2/3,beranikah Najib membubarkan parlimen untuk mengadakan Pilihanraya Umum yang ke-13.

Taib Mahmud sudah senang hati kerana masih kekal sebagai Ketua Menteri walaupun masa mengangkat sumpah jawatan dengan tergesa-gesa dia terlupa pakai stokin. Tapi itu perkara kecil,yang penting bagi Taib ialah berjaya mengekalkan jawatan bermakna berjaya mengekalkan kekayaan. Dia kini boleh tidur lena di celah tetek bini Lubnan nya itu.

Najib pula masih belum boleh tidur lena,dikepit pula oleh Kak Mah yang dah tua,gemuk pulak tu. Memikirkan nasibnya dalam PRU13 nanti,apakah rakyat akan terus memberi undi kepada BN atau ramai yang akan membuat pusingan 'U' dengan memberi undi kepada Pakatan Rakyat.

Semasa Sarawak kalah 8 kerusi kepada pembangkang di semenanjung hilang 4 negeri,kini 16 kerusi kalah apakah 4 lagi negeri yang akan hilang. Inilah yang memeningkan kepala Najib dalam berbagai strategi dijalankan termasuk taktik kotor 'video lucah' pun rakyat masih memberi sokongan kepada PR apa pula helah yang akan dicari oleh juak-juak Najib untuk memastikan Najib terus berkuasa.

Utusan sudah memainkan jarumnya untuk merobek perpaduan kaum,mereka mengatakan kaum cina tidak berterima kasih kerana tidak mengundi BN. Apakah dengan mengundi BN maka seseorang itu merupakan rakyat yang setia kepada negara,jadi apa perlu kepada pilihanraya jika masih bersikap sedemikian. Jika berlaku peperangan aku ingat para pemimpin BN yang akan lari dahulu ke luar negara,apakah itu tanda setia?

Berbalik kepada Najib yang masih menunggu ilham bila nak bubarkan parlimen dan beliau masih mempunyai masa lebih kurang 1 tahun setengah sahaja lagi untuk berbuat demikian. Belum pernah PM yang sebelum ini membubarkan parlimen sehingga cukup masa 5 tahun. PRU13 ini merupakan medan ujian yang pertama bagi Najib selepas mewarisinya daripada Abdullah Badawi.

Najib sudah tentu menunggu laporan dari para penasihatnya tentang bilakah masa yang sesuai untuk membubarkan parlimen,bagi aku tahun ini tidak mungkin Najib 'berani'. Berdasarkan PRN Sarawak dan isu-isu yang terjadi mutakhir ini Najib memerlukan paling kurang satu tahun untuk mengadakan pilihanraya umum. Bagi Pakatan Rakyat,tidak kira samada tahun ini atau tahun depan yang penting kita sentiasa bersedia untuk mertarung habis-habisan melawan BN..takbir.

No comments:

Post a Comment