Sunday, 1 May 2011

Kelebihan Bersedekah

Selesai solat hati ini terdetik untuk menulis isu selain politikus, cuba menipu hati dan perasaan sendiri untuk sedetik mendiamkan diri menukarkan minda dengan cerita selain politikus,dan minda ini terarah kepada kelebihan bersedekah.
“Dan belanjakanlah ( dermakanlah ) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh” ( Al-Munafiquun : 10 )
Amalan bersedekah ini amat dituntut oleh Allah swt dalam kehidupan seharian.Sedekah yang bermanfaat ialah sedekah yang akan membantu dialam barzakh kelak. Pelbagai definisi bersedekah bukan diruang lingkup Ringgit Malaysia sahaja hinggakan senyum itu jua sedekah. 
Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu ( H.R Al-Bukhari )
Namun amalan bersedekah ini biarlah ditelusi dengan hati yang suci dan murni hinggakan muncul keikhlasan diakhiran amalan sedekah itu, bagaimana dinilai keikhlasan dalam bersedekah itu? ikhlas itu ibarat seekor semut hitam yang berjalan di malam hari di atas seketul batu hitam yang besar.Memang tidak nampak dek mata kasar namun ia ada disitu.Itulah keikhlasan sebenar-benarnya. Editor teringatkan peristiwa seorang hamba Allah yang solat jumaat disebelah editor, sewaktu mendengar khutbah tabung masjid berjalan dengan bantuan roda dan tangan para jemaah menolak tabung tersebut hingga tepat dihadapan editor lalu editor memasukkan sejumlah wang dan tolak kesebelah,hamba Allah disebelah menarik beg duit dari poket belakang hinggakan terangkat-angkat punggungnya dan memasukkan sejumlah wang RM5 kedalam tabung,tiba-tiba seorang hamba Allah dari saf belakang mencuit bahunya dan menghulurkan not RM100,lalu dia mengambil dan memasukkan not RM100 itu kedalam tabung tersebut lalu menolak tabung tersebut, pakcik dibelakang tiba-tiba berbisik ke telinga dia dan mengatakan yang not RM100 tersebut adalah wangnya yang jatuh dari beg duitnya tadi...dimanakah keikhlasannya RM5 atau RM105?

No comments:

Post a Comment