Sunday, 29 May 2011

Himpunan sejuta belia di Putrajaya capai matlamat atau sebaliknya?

Perdana Menteri kita yang memang sibuk lepas balik lawatan kerja anak konvokesyen pergi pulak lawatan kerja ke Jepun,balik pulak buat pulak Perhimpunan Belia sejuta orang,memang sibuk dengan kucing-kucing kesayangan lagi, sungguh sibuk Tok Jib kita ni.Tak sempat hilang peluh lawatan kerja hari ini 28hb may 2011 Tok Jib kita merasmikan pulak Himpunan Sejuta Belia 2011 yang mana matlamat akhirnya masih kabur,adakah untuk meningkatkan belia ke satu platform yang lebih berdaya saing,atau sekadar propaganda politiknya.Yang pasti Tok Jib sungguh bersemangat menceritakan mengenai kebangkitan 'Syabab Misr' menggulingkan kerajaan Mesir.Jangan kira pemuda Mesir Tok Jib mereka Muslim dan Kristian bersatu demi menjatuhkan kezaliman.

"Adakah anda bersedia untuk mepertahankan Putrajaya?"tanya Tok Jib kita kepada belia-belia yang dianggar lebih kurang 8000 orang sahaja,walaupun Pak Muhyidin kita kata sudah lebih Sejuta belia yang hadir.

Bersungguh benar Tok Jib dalam mencari apakah kehendak belia itu sendiri.Tok Jib kena ingat Populasi belia kat Malaysia ni ada seramai lebih kurang 15.1 juta orang dan belia itu mereka yang berumur dari 16 hinggalah 40 tahunLingkungan umur sebegini Tok Jib semuanya celik It dan pandai menilai baik dan buruk,pandai menilai yang mana kroni yang mana telus,pandai menilai yang mana ikhlas yang mana rasuah,kena ingat tu,adakah anda masih muda belia? yang menariknya kiranya golongan belia ini mewakili separuh daripada populasi rakyat Malaysia maka belia adalah aset 


terbesar pembangunan negara,kalau belia hancur negara kita pun jadi hancur.

Acara pun tak semengah,Sasuke Malaysia,Peraduan Fotografi & Video Sempena HBN 2011,Pertandingan Rekacipta Motosikal Sejuta Belia,KBSYouth Job Fair 2011,MUSC Drag Challenge Official Pit Bike,rentap Futsal 2 Putrajaya,standard Chartered 5KM Funrun,Battlefield Putrajaya,Memancing Sejuta Belia,Karnival Jom Makan 1 Malaysia,Karnival Sukan Air,GIG Dance Rakan Muda 2011.

Sudahlah Tok Jib usah digula-gulakan belia dengan benda-benda begitu,cer cuba Tok Jib buat 'Qiyamuallail Sejuta Belia' pulak lepas ni nak?daripada tengok bola lewat pagi bergaul sesama bukan mahram?Aduhai Tok Jib kesayangan hamba, kalau tidak sesama muslim ni tak kuasa editor nak menegur sesama kita ni Tok Jib, tak lama nak bercucu dah Tok Jib oi....Ingat Tok Jib 3 benda selepas meninggal Tok Jib,doa anak yang soleh, amal jariah dan ilmu yang dimanfaatkan Tok Jib..

1 comment:

  1. so belia bukan islam camne? u should think before simply justify it doesnt work..

    ReplyDelete