Saturday, 7 May 2011

Benarkah Chegubard Akan Keluar PKR?

Selepas posting tentang Chegubard yang akan meninggalkan PKR keluar dalam blog CMK (kanan) ramai yang tertanya-tanya benarkah berita ini?

Lantaran isu tersebut Chegubard sendiri menyatakan pendiriannya di sini, Beliau menekankan yang beliau masih lagi Ketua Cabang PKR Rembau dan masih aktif menyampaikan ceramah ke serata pelosok negara menyatakan pandangan anak muda.

Beliau menyatakan lagi bahawa agenda yang paling besar adalah menumbangkan BN dan membawa perubahan dalam sistem pentadbiran negara.

Aku malas nak ulas sangat isu ini sebab aku bukanya ahli PKR,cuma rakan dalam satu Pakatan Rakyat aku berharap sangat supaya isu ini dapat diselesaikan oleh pimpinan PKR. Kerana isu yang remeh-temeh inilah yang akan menjadi batu penghalang cita-cita kita untuk menawan Putrajaya dan membawa perubahan dalam corak pemerintahan.

Isu ini sudah agak lama,dan ianya dikatakan berpunca dari rasa tidak puas hati Chegubard sendiri dan para penyokongnya dalam pemilihan PKR 2010. Aku rasa Chegubard bukan seorang yang 'gila pangkat', kalau betul kenapa beliau tolak jawatan yang ditawarkan kepadanya. Tapi apa yang diperjuangkan olehnya adalah ketelusan,kalau dalam pemilihan parti kita tidak boleh menunjukkan ketelusan bagaimana kita hendak menterjemahkannya dalam pemerintahan jika kita berkuasa kelak.

Isu ini hendaklah ditangani dengan baik oleh pimpinan PKR,supaya hal 'tengik-bengik' ini tidak akan menjadi barah yang akan menghancurkan parti. Kita semua tahu PKR adalah parti 'serpihan' umno dan ramai di dalamnya bekas-bekas ahli dan pemimpin umno tetapi jangan dibawa masuk perangai umno ke dalam PKR. Campak perangai 'jahiliah' itu ke dalam pagar rumah umno.

Aku bukan penyokong Chegubard tapi adalah pemerhati luar yang merasakan alangkah ruginya jika benar Chegubar akan meninggalkan PKR. Tidak mungkin beliau akan menyertai umno seperti pengkhianat Ezam atau Zul Nordin,tapi jika beliau menyertai PAS atau DAP maka antara beliau dan PKR akan 'malu mata'.

Chegubard adalah seorang anak muda yang tegas dengan prinsip dan tidak pandai bermuka-muka hanya kerana hendakkan pangkat,bak cogankatanya "perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata". Kalau mulut terpekik terlolong menyatakan tentang integriti,ketelusan dan sebagainya tapi perbuatan adalah bercanggah inilah ciri-ciri orang munafik.


Sekali lagi aku sebagai penyokong Pakatan Rakyat berharap pimpinan PKR dapat menangani isu ini yang walaupaun kecil tapi impaknya besar. Rakyat memerhati tingkah-laku kita dan jika benar-benar ingin menawan Putrajaya dan menumbangkan Najib-Rosmah selesaikan segera isu ini.

No comments:

Post a Comment