Wednesday, 25 May 2011

Tuan Ibrahim Sah Tanding Tim. Presiden

Pesuruhjaya PAS Pahang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan akan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PAS.

Ini menjadikan pemilihan bagi jawatan tersebut semakin 'panas' selepas Mohd Sabu juga mengesahkan untuk bertanding manakala penyandang Ustaz Nasharuddin Mat Isa pula mengesahkan akan mempertahankan jawatan.

Dalam satu kenyataan Tuan Ibrahim berkata beliau telah dicalonkan untuk bertanding jawatan Tim. Presiden dan Naib Presiden dengan jumlah pencalonan yang agak memberangsangkan. Jadi beliau harus memikirkan semula hasrat ahli parti yang mahu beliau bertanding jawatan tersebut.

Secara peribadi aku memang menyokong Tuan Ibrahim berbanding Mohd Sabu dan Ust Nasha kerana beliau lebih 'idealis'. Ustaz Nasha kelihatan agak 'lembik' sementara Mohd Sabu pula terlalu 'garang'. Ini persepsi masing-masing kerana setiap orang ada kelebihan sendiri.

Sekiranya Tuan Ibrahim berjaya memenangi jawatan ini kita boleh lihat setakat mana kredibiliti beliau berbanding peranan yang dimainkan oleh Ustaz Nasha sebelum ini. Semoga dengan kepimpinan yang baru mungkin PAS akan bergerak dengan cara yang 'baru' dan 'segar'.

Kerana dalam kepimpinan lama kita lihat PAS hanya bergerak dalam kelompok sendiri sahaja,tidak menyebarkan fahaman Islam secara menyeluruh. Jika inilah cara gerak-kerja kita nampaknya kita ini macam 'syok sendiri'.

Kita harus lebih mendampingi golongan muda,kalau golongan muda 'fobia' dengan kopiah putih yang kita pakai tidak salah rasanya kita mengenakan 'jeans' dan 't-shirt' asalkan pakaian kita menutup aurat.

Semoga para perwakilan yang akan memilih calon-calon untuk mengisi beberapa jawatan yang dipertandingkan kali ini dapat membuat pilihan yang bijak. Pilihlah calon yang boleh memimpin dan bekerja untuk parti.

No comments:

Post a Comment