Wednesday, 4 May 2011

Apabila PM Dah JAHIL

Aku sebenarnya tidak terkejut bila mendengar berita kematian Osama dihebohkan oleh media tempatan dan antarabangsa. Kerana sudah 10 tahun beliau diburu oleh Amerika dan sekutu-sekutunya.

Aku terkejut bila membaca kenyataan PM 1Malaysia kita yang bengong dan jahil ditambah pula oleh kenyataan sepupunya yang lagi jahil. Ini bukan jahil tahap biasa tapi bab kata orang kelantan 'JAHIL TUKIL'. Kalau tak paham makna tanya orang kelantan.

Ada ke patut sebagai orang yang mengaku islam PM boleh cakap 'dunia lebih selamat dengan kematian Osama', sepupu dia si Hisyamuddin pulak cakap 'kematian Osama bawa keamanan sejagat. Kalau nak bodek pun jangan sampai tahap menghina sesama islam. Apa korang mulia sangat ke? Pada aku Malaysia lebih selamat kalau korang berdua yang mati.

Ikutlah seperti Tok Guru Nik Aziz yang menyeru supaya umat islam mendoakan rahmat,keampunan kepada Osama,baca lanjut di sini. Tok Guru Nik Aziz berkata pihak yang menyifatkan dunia lebih selamat dengan kematian Osama sebagai tidak cermat dan "bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika.

Tapi bila difikir-fikirkan balik apa nak heran dengan puak-puak umno ni,penasihat mereka pun yahudi (APCO) memang patutlah keluar 'statement' jahil macam tu. Kalau tak jahil mana boleh biarkan anak isteri mereka berpakaian mendedahkan aurat.

Sebesar mana pun dosa seorang muslim,jika ia mati dalam agamanya islam kita sebagai islam sepatutnya mendoakan kerahmatan ke atas rohnya. Soal dosanya itu antara beliau dengan Allah,kerana kita tidak tahu duduk perkara yang sebenar,kita serah pada Allah keterlibatan beliau dalam keganasan kerana ia propaganda yang dipelopori oleh Amerika.

Jika kita sebagai muslim pun terikut-ikut dengan perangai barat yang menyimpan syak wasangka kepada muslim yang lain walaupun perkara itu kita tidak tahu samada ianya benar atau tidak maka kita pun berperangai seperti orang kafir.


Sama-samalah kita mendoakan semoga Allah memberi rahmat dan keampunan kepada Osama,pada aku Osama ialah pejuang jihad sebenar dan jika benar berita kematiannya ini maka kita umat islam kehilangan seorang mujahid.

No comments:

Post a Comment