Thursday, 26 May 2011

Para Pencari Tuhan

Sinetron Para Pencari Tuhan yang ditayangkan di Astro Oasis adalah sinetron yang terbaik yang editor pernah saksikan.Ceritanya yang santai tapi penuh maklumat dan mesej yang ingin disampaikan amatlah berguna.Apa yang menarik ialah jalan ceritanya yang berkisar didalam suasana kampung dan nilai-nilai murni yang digarapkan dalam cerita menjadikan sinetron ini adalah yang terbaik pernah editor saksikan.
Watak-watak didalam sinetron ini juga memang sesuai dan kena pada lakonan.Watak Abang Jack,Barong,Juki,Chelsea,Aya,Udin,Ustaz Ferry,Asrul dan keluarganya Azam dan ramai lagi.Sinetron yang Islamik ini wajar disokong dan diperbanyakkan lagi supaya memberi pendidikan tidak formal kepada masyarakat yang menontonnya.Editor mengucapkan tahniah dan semoga Pengarah dan semua krew yang terlibat dalam Sinetron ini mendapat redha Allah swt dan bisa menghasilkan lagi sinetron yang sebegini dimasa akan datang.Sinetron yang ditayangkan di Astro Oasis itu adalah Jilid 1 dan sebenarnya sinetron ini sudah sampai ke Jilid 4 di Indonesia dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan,ternyata penonton dahagakan sesuatu kelainan dalam penghasilan sesebuah filem.Sungguh islamik,santai dan penuh iktibar.

Untuk pengarah-pengarah filem di Malaysia ini sepatutnya kita menghasilkan karya yang sebegini untuk tontonan masyarakat umum.Tontonan ini biar menjadi panduan dan pedoman kepada masyarakat yang menontonnya.Ianya Islamik dan penuh berilmu,soal rating atau tiada yang mahu menonton itu serahkan kepada Allah swt yang penting ikhlas dalam menghasilkan karya dan semoga mendapat redha Allah.

Kepada yang berminat menonton,bukan nak promosi tapi untuk korang semua menilai keberkesanan sinetron ini jangan lupa lepas balik dari jemaah di masjid atau surau bukak ASTRO OASIS 106 pukul 9-10mlm dan 1.30pm - 2.30pm(ni susah sikit pasal office hour).selamat menonton.Pastinya kelakar dan berilmiah.

No comments:

Post a Comment