
Bapanya bernama Mohammed bin Laden, adalah seorang petani miskin dari Yaman yang kemudian berpindah ke Arab Saudi selepas Perang Dunia II. Di tempat yang baru ini Mohammed bin Laden memulakan kerjayanya yang baru bergerak dalam bidang perniagaan pembangunan. Pada akhirnya beliau mendapat banyak kontrak bagi pembangunan masjid-masjid dan istana-istana yang sangat bernilai dari pemerintah Arab Saudi. Oleh kerana itu beliau telah mengembangkan tali persahabatan yang sangat akrab dengan keluarga Kerajaan Saudi. Mohammed bin Laden kemudian telah menjadi salah seorang yang paling kaya di Arab Saudi, yang dianggarkan memiliki aset jutaan dollar Amerika Syarikat. Dari keuntungannya ini dianggarkan Mohammed bin Laden memiliki saham sejumlah hampir 300 juta dollar Amerika.
Ketika di usia remaja, Osama bin Laden telah bergabung dengan gerakan Wahhabi Konservatif-Baru (Ultrakonservatif) ; dan beliau pernah menyertai jabatan polis yang menegakkan undang-undang syariah. Osama adalah seorang bekas mahasiswa Universiti Raja Abdul Aziz di Jeddah, dimana beliau berguru kepada salah satu diantara gurunya,iaitu Sheikh Abdullah Azzam. Guru Abdullah Azzam inilah yang kemudian diketahui sebagai tokoh utama yang memainkan peranan menggerakkan sokongan kepada bangsa Arab bagi kaum Mujahiddin yang berperang melawan kependudukan Russia di Afghanistan. Osama bin Laden lulus pengajiannya dan mendapat ijazah sarjana tahun 1979 dalam bidang Ekonomi dan Pengurusan.
Pada 1 Mei 2011, Presiden Amerika Syarikat,Barrack Obama mengumumkan di saluran televisyen kebangsaan bahawa bin Laden telah dibunuh oleh tentera Amerika dan CIA di Abbottabad, Pakistan dan jenazahnya berada dalam tahanan Amerika Syarikat. Hari ini dunia dikejutkan sekali lagi dengan kematian bin Laden,antara propaganda atau reality sama-sama kita renung bersama.Yang pastinya Tok Jib kita dengan bangganya berkata sheikh Usamah ibnu Ladin adalah penggerak kepada pengganas Islam dan mencemar nama Islam itu sendiri,Tok Jib kita memuliakan Islam ke?geram betul rasanya.wallahu a’lamu bissowab.
No comments:
Post a Comment