Sunday, 1 May 2011

Sayangilah Malaysia anda

Sepetang bersama sanak-saudara menghilangkan rasa benci terhadap pemerintah zalim UMporNO,hari itu 1 Mei 2011 adalah cuti hari pekerja dan kami sanak-saudara telah mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan rumah nenek saudara dan datuk saudara.Setibanya dengan sarapan kemudian tahlil dan doa selamat seterusnya memotong rumput dan membakar sampah.Sekumpulan yang lain memancing ikan dan kaum hawa didapur memasak untuk santapan tengahhari.Hari itu alhamdulillah damai dan sejahtera rasanya, jauh dari hiruk-pikuk kerakusan pembangunan urbanisasi yang ghairah mengaut apa saja kesempatan demi kepentingan sendiri, tapi itu sementara pabila pulang ke bandar semula aku mula rasai segalanya.
Sumpah laknat dari Trio monyet yang melaknati dirinya sendiri,pegang kitab suci AlQuran pun terbalik hinggakan ditegur imam masjid.Songkok yang dipakai pun macam tak kena dengan si pemakai,nampak sangat jarang pakai,sumber kata siap pakai baju kalis peluru,nampak sangat budaya ala mafia itu datangnya dari dirinya sendiri.Wahai Datuk Three Monkey yang budiman,tidak mungkin ada yang ingin menembak dirimu itu kerna mereka tahu hukum Allah,tidak seperti kamu yang menyangkakan ada yang mahu menembak dirimu kerana ianya datang dari akal fikiranmu sendiri dan mungkin kamu pernah melakukan sedemikian.

Sudah hilanglah undi kaum Cina,maka gemuruhlah jiwa Tok Jib kita mengenangkan PRU akan datang,bagaiaman caranya untuk mendapat undi kaum Cina kembali.Terbaharu, Tok Jib menerima kunjungan Perdana Menteri China, Wen Jiabao ke Kuala Lumpur, menandakan hubungan baik dan meningkat kedua-dua negara.Isyarat yang dicetuskan pertemuan dan hasil pertemuan dua pemimpin itu secara tidak langsung berupaya membina sentimen positif masyarakat Cina di negara ini terhadap Tok Jib dan BeeNd.Boleh ker macam tu?

Ada tawaran hebat dihujung sana sehebat Jualan mega sales,yakni tawaran PAS untuk masuk menyertai BeeNd.Letih rasanya bila baca surat-surat khabar komponen kerajaan UMporNo ni,tak sudah-sudah mengarut,sudahlah suratkhabar mengarut,bukak radio pun mengarut,bukak blog UMporNo lagi la mengarut siap ada video lucah,tidak kira siapa pelakonnya tapi menontonnya menandakan something wrong somewhere in your Solat!karena Solat itu menegah kita dari melakukan perkara-perkara mungkar seperti menonton video lucah!Maka mulai hari ini,tidak kira kamu Tok Jib,tidak kira kamu Datuk Three Monkeys,tidak kira kamu Datuk Seri Anwar Ibrahim,tidak kira kamu Ayahanda paduka Awie,tidak kira kamu Cico Harahap,tidak kira kamu sepupu Arwah Sarbani,tidak kira kamu siapa!!!!!perbaikilah Solat,karena Solat itu mendidik jiwa yang bersih,wallahu a'llam,TAKBIR!!!

No comments:

Post a Comment