Memang betul perangai umno macam anjing kalau orang umno nak marah lantaklah aku peduli apa,perpaduan konon ceh. Selama ini siapa yang menipu melayu dan menghina islam kalau bukan puak-puak umno yang mengaut segala hasil untuk kepentingan masing-masing tiba-tiba bersuara tentang perpaduan melayu,haprak punya umno.

Najib membuat pelawaan tersebut setelah merasakan parti yang dipimpinnya semakin hilang sokongan dari orang melayu apatah lagi kaum cina yang telah membuktikannya dalam PRN Sarawak. Bila dah tersepit mulalah minta PAS keluar PR untuk bersama-sama BN,sebab itu Utusan Meloya beria-ria memainkan isu ini,wei pegi mampuslah.
Perlu diingatkan bahawa PAS tidak sesekali mengenepikan agenda perpaduan islam seperti yang pernah dikatakan oleh Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Abdul Aziz bahawa agenda perpaduan islam bili-bila masa boleh berlaku dengan syarat umno mengubah dasar kepada islam,mudah saja syarat yang diberikan oleh Tok Guru.

Adalah lebih baik PAS kekal dalam Pakatan Rakyat yang telah menampakkan keserasian,kalau ada pun sedikit pergeseran itu adalah lumrah. Dalam rumahtangga yang dibina tak sampai pun 5 tahun kalau berlaku salahfaham itu adalah proses mematangkan perhubungan begitu juga PAS,DAP dan PKR.

Seperti kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari,(kanan) 'sekiranya seseorang itu dianggap Islam melalui syahadahnya,maka syahadah sesebuah pertubuhan adalah perlembagaannya. Adakah umno telah bersyahadah dalam perlembagaannya'?

Sebab itulah PAS boleh bekerjasama denga DAP dan PKR kerana mereka tidak menolak prinsip Islam yang dibawa oleh PAS dan tidak mendesak PAS menggugurkan dasar perjuangannya selama ini.
Semasa MCA bercadang untuk menyaman kerajaan Negeri Kelantan sekiranya terus menguatkuasakan undang-undang menghalang premis judi beroperasi umno diam membisu tidak menegur perbuatan rakan kongsinya itu,sudah jelas dasar umno bukannya Qur'an dan Sunnah tapi 'punah wal-ghannah'.

No comments:
Post a Comment