Thursday, 9 June 2011

Untung Meningkat Tapi Subsidi Dipotong

Petronas meraih keuntungan sebelum cukai RM90.49 bilion meningkat 34.5% daripada RM67.3 bilion yang dicatatkan tahun lalu.

Presiden dan ketua pegawai eksekutifnya Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata,prestasi memberangsangkan itu disumbangkan oleh kenaikan harga dan peningkatan jumlah dagangan bagi produknya.

Haaa,kan betul seperti yang didakwa oleh Anwar Ibrahim bahawa kenaikan harga komoditi tersebut sebenarnya membawa keuntungan kepada Petronas,jadi jika alasan mengurangkan subsidi adalah untuk mengurangkan kos yang ditanggung oleh kerajaan adalah cerita bohong semata-mata.

Jika Petronas mencatatkan keuntungan maka kerajaan mestilah juga untung kerana Petronas adalah milik kerajaan,tak tau la pulak jika Najib ni mengaku yang Petronas ni mak bapak dia punya. Bila banyak subsidi yang diberi kepada rakyat maka kuranglah sikit duit yang boleh dirompak.

Apa kau tu memerintah sebab nak cari untung atau nak buat amal,pemimpin yang baik,amanah,zuhud dan warak tak akan buat macam si Najib ni sebab menjadi pemimpin ni bukan setakat kerja tapi amanah yang perlu dutunaikan. Bukannya memimpin untuk mengkayakan anak-beranak dan kroni seperti kebanyakan pemimpin umno.

No comments:

Post a Comment