Friday, 10 June 2011

PEKIDA Nak Saman Syamsul Dan Farid Kamil?

Nak tergelak pun ada bila baca kenyataan Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan Shikin Begum bahawa filem Kongsi dan KL Gangster melampau kerana menggunakan kata kunci dan kod rahsia pertubuhan berkenaan.

Apa Pekida saja yang boleh mengunakan perkataan abang long dan ayahanda,abis kalau aku nak panggil ayah aku dengan pangilan ayahanda dan abang sulong aku dengan panggilan abang long kena bayar royalti pada Pekida dulu ke?

Wei...korang ni perasan la,tapi siapa yang makan cili dialah yang merasa pedas. Sebabnya pada aku pertubuhan tersebut di tubuhkan dengan tujuan untuk membantu,merapatkan hubungan,meyebarkan dakwah dan berbagai-bagai lagi perkara yang baik-baik bersesuaian dengan moto pertubuhan tersebut Amar Makruf Nahi Mungkar.


Ini tidak,kebanyakan ahli-ahlinya aku tengok langsung tidak menunjukkan ciri-ciri sebagai seorang islam. Pakai rantai,gelang tangan,bersubang,minum arak dan bermacam-macam kerja mungkar. Aku nak suruh ayahanda tanya anak-anak mereka tak kisahlah along ke,angah ke, cukup ke solat 5 waktu mereka? Kebanyakannya hampeh..aku tau sebab ramai kawan-kawan aku ahli Pekida.

Satu lagi yang aku tak berkenan sangat dengan Pekida ni ialah sikap mereka apabila sudah jadi ahli mula berlagak macam samseng. Mentang-mentang ramai geng mulalah tunjuk hero,kalau anak jantan nak bergaduh sorang-sorangla,pukul ramai-ramai gajah pun boleh mati.

Samseng pulak tu dengan orang melayu je,dengan cina dan india pulak takut macam tak ada telur. Ini ke sebuah pertubuhan yang kata nak membela melayu.



Aku harap Pekida betulkan balik dasar perjuangan,pilih ahli-ahli yang betul-betul nak perjuangkan Islam,baru orang hormat,ada juga aku tengok ayahanda pun tak solat.

1 comment:

  1. Betul sangat tu..aku igt2 la Pekida ni pada 15-20 tahun lepas ok lagi imej dia...start tahun 2000 tu aku mula kenal pekida ni ada cabang atau sisi gelap..siap ada bahagian kaki pukul atau digelar 3 line..siap ada gelaran batalion tertentu plak membezakan pangkat gengster diorg...dari pertubuhan dakwah islam dh jadi cacamarba dah..ahli2 baru yang masuk kebanyakannya sbb tujuan jahat..so,better haramkan aje la pekida nih..dh rosak teruk ke akar umbi dh..

    ReplyDelete