Monday, 13 June 2011

Papagomo Wajib Mengucap Kembali

papagomo


Bloger pro-umporno papagomo aku ingat kena diajar mengucap kembali,berdasarkan kepada tulisan terbarunya yang mempertikaikan hukum khazaf yang meminta 4 saksi. Untuk lebih faham boleh baca di sini.

Kalau mengikut pandangan para ulama' kata-kata yang macam itu sudah membatalkan syahadahnya,jadi papagomo harus bertaubat kerana mempertikaikan hukum Allah. Beliau mengeluarakan pendapat berdasarkan akal,sedangkan Islam ni tak boleh guna akal semata-mata. Kalau tidak kenapa Allah utuskan Nabi dan turunkan Al-Quran kerana hendak memberi petunjuk kepada kita.

Cara tulisannya seolah-olah mempersendakan hukum Allah supaya mendatangkan 4 saksi dalam kes zina kerana bukan PAS yang minta,bukan ulama' yang minta,bukan Nabi Muhammad yang minta tapi adalah syarat yang telah ditetapkan oleh Allah.

Adakah Allah tidak mengetahui bahawa meminta 4 saksi ini susah bukan sahaja pada zaman ini tetapi pada zaman Nabi pun susah nak cari 4 saksi. Hukum Allah ni sesuai untuk setiap zaman jadi jika mempertikaikan kewajaran meminta 4 saksi ini adalah juga mempertikaikan hukum Allah pada aku papagomo ni sudah terbatal syahadahnya.

Harus diingatkan bahawa hukum hudud yang diperjuangkan oleh PAS bukan hukum ciptaan Tuan Guru Hadi Awang atau Tok Guru Nik Aziz. Ianya adalah hukum yang diturunkan oleh Allah,jika kita sebagai seorang yang mengaku sebagai orang Islam adalah tidak patut berbuat demikian samada dalam percakapan atau dalam tulisan.

Untuk lebih faham korang boleh dengar ceramah Ketua Penerangan PAS yang baru  Ust Tuan Ibrahim Tuan Man kat atas ni atau boleh rujuk kitab-kitab muktabar dan kalau malas jugak pegilah tanya ustaz-ustaz.

No comments:

Post a Comment