Monday, 6 June 2011

UMNO Semakin Gila Meroyan

Walaupun Muktamar PAS kali ke-57 sudah berakhir dan pucuk pimpinan yang baru sudah dipilih tapi puak-puak umporno masih lagi tak puas hati dengan pemimpin yang dipilih oleh ahli PAS,diaorang ingat PAS ni mak bapak diaorang punya.

Suka hati kita orang lah nak pilih siapa pun yang akan menjadi pemimpin kita,korang peduli apa. Apatah lagi bila Mohamad Sabu (Mat Sabu) yang menang jawatan Tim. Presiden,lagi la gila meroyan puak-puak ni bila Mat Sabu yang jadi Tim. Presiden.


Tak ada la can mereka nak mainkan lagi isu kerajaan perpaduan,kerjasama melayu dan macam-macam lagi isu yang boleh menggugat kestabilan dan keharmonian Pakatan Rakyat. Sebab tu mereka ni semakin meroyan kerana pemimpin-pemimpin yang dipilih ini boleh mengkucar-kacirkan umno.

Semenjak bila pulak mereka ni prihatin dengan PAS sampai risau dengan kekalahan ulama' dalam PAS,tapi sebenarnya umporno ni risau jika orang-orang profesional dalam PAS yang menang dan memegang jawatan.

Sebenarnya tak ada masalah ulama' atau profesional yang pegang jawatan yang penting apa dasar kita,semua sudah maklum dasar PAS ialah Al-Quran dan Hadis,jadi tak kira siapa pun yang pegang jawatan yang penting dasar kita tetap sama.

Tahniah kepada pimpinan yang menang dalam pemilihan kali ini semoga anda semua dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh ahli-ahli.

Secara peribadi walaupun akau menyokong Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menjadi timbalan presiden tapi kemenangan Mat Sabu adalah lebih baik.

No comments:

Post a Comment