Sunday, 12 June 2011

Terangganu Juara Piala FA


Tahniah kepada pasukan Terengganu yang menjadi juara Piala FA berkat kesabaran dan tidak mengenal erti jemu berjuang hingga minit-minit akhir.

Kepada pasukan Kelantan terpaksa akur dengan kekalahan akibat leka kerana bayangan Piala FA sudah di depan mata tetapi harapan menjulangnya berkecai.

Para penyokong Kelantan yang pergi mengibar bendera Red Warrior terpaksa menyimpannya semasa dalam perjalanan pulang nanti setelah dikecewakan oleh Terengganu.

Permainan kedua-dua pasukan adalah seimbang dengan masing-masing melancarkan serangan sehingga Kelantan mendahului dengan 1 gol sehingga minit terakhir separuh masa kedua sebelum Daudsu menjaringkan gol sendiri semasa kelam-kabut di depan pintu gol.

Apa pun permainan yang di tunjukkan oleh kedua-dua pasukan bertenaga dan menghiburkan kecuali 20 minit pertama kerana masing-masing bermain dengan berhati-hati.













Sekali lagi tahniah kepada pasukan Terengganu dan aku sendiri bangga dengan Kelantan kerana bermain dengan bersungguh-sungguh walaupun terdapat kesilapan yang dilakukan tetapi itu adat bertanding.

No comments:

Post a Comment