Tuesday, 14 June 2011

Haramkan PEKIDA

Kumpulan yang mengelarkan diri mereka Pertubuhan Kebajikan Islam Dan Dakwah Islamiah (Pekida) masih menuntut permohonan maaf dari penerbit filem Kongsi, David Teo dan KL Gangster Datuk Yusuf Haslam.

Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Datuk Roslan Dahaman (kanan) berkata jika kedua-dua penerbit enggan memohon maaf mereka akan memanjangkan lagi perkara tersebut.

Ini kali kedua aku tulis pasal kumpulan ini yang kebanyakan ahlinya haprak,tengok nama sedap membela kebajikan Islam dan dakwah tapi diri sendiri tak terdakwah. Korang blh perhati berapa kerat jer ahlinya yang solat,itu belum bab puasa,zakat dan lain-lain.

Bukan setakat ahli sahaja yang haprak,dengan ayahanda,abang long,abang ngah pun 2x5 haprak. Kenapa kerajaan tak haramkan pertubuhan ini yang jelas melanggar undang-undang dengan mewujudkan undang-undang sendiri. Ada jugak aku tengok ayahanda pakai gelang tangan,tak tau hukum ke?

Apa kejadahnya jika hukum yang asas macam tu pun tak tau,belum tanya pasal hukum hudud dan sebagainya. Cuba pulak kita tengok berapa kerat ahli termasuk ayahanda yang berulang-alik ke masjid untuk solat,sepanjang aku kenal diaorang ni langsung tak ada bro,kadang-kadang solat jumaat pun tak pegi. Taik kucing betul, mengaku kumpulan Islam.

Silap sikit datang ramai-ramai nak belasah orang,wei ahli2 pekida kalau anak jantan nak bertumbuk satu lawan satu la. Kadang-kadang kita tengok kes pun yang remeh-temeh macam kes perempuan,macam ni ke kumpulan yang membela Islam?

Kalau betul nak bela Islam dan melayu sepatutnya mereka buat satu kumpulan perniagaan yang besar dengan membantu dari segi modal,tunjuk ajar dan sebagainya. Tengok macam pertubuhan orang cina,india dan mamak yang membantu sesama mereka.

Zaman sekarang bukan siapa kuat dia berkuasa tapi ekonomi siapa yang kuat dialah yang berkuasa,kalau Pekida masih lagi dengan cara gengster Kampung Dusun lebih baik dibubarkan sahaja kumpulan yang tidak memberi faedah langsung kepada agama dan bangsa ini dan ramai-ramai pakat masuk PAS macam Bob Lokman.

4 comments:

  1. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
    Berdasarkan hujah saudara yang lebih kepada hujah bukti mulut semata-mata,rasanya boleh membangkitkan kemarahan ahli-ahli Pekida dengan pernyataan saudara.Memang wujud sebilangan ahli yang perangai memang tak mencerminkan ISLAM termasuklah Ayahanda2 atau Abang2 Long..Namun,itu bukanlah alasan untuk anda mengutuk Pekida kerana.....Pekida memang persatuan ajaran sesat Islam...wujudnya golongan ini ialah salah satu petanda kiamat dah dekat...inilah yang dikatakan golongan MUNAFIKIN...golongan yang merosakkan ISLAM...tapi depa masih selamat lagi sebab sokong UMNGOK...so,saudara tak perlu susah-susah kutuk..memang dioirang semua ni najis pun...sesat na'uzubillah...cam haram...

    ReplyDelete
  2. hapuskan je pakida yg bnyak sesat dripada yg tk sesat...

    ReplyDelete
  3. Aku adalah bekas angota purtubuhan ini. Benar apa yg anda katakan. Pertubuhan ini sgt sesat lagi menyesatkan org lain.. selama aku berada di dlm pertubuhan itu aku tidak jumpa satu kebaikan pon...

    ReplyDelete
  4. Pertubuhan x salah.. Yg salahnya pemimpin tidak berperanan mnjadi contoh tauladan pd ank buah.. Penekanan keagamaan kurang di titik beratkan.. Lebih nk menarik ahli shj.. Tp pengisian xde.. Maka sbb itu ahli terbiar tanpa didikan dan diberi kefahaman tentang islam.. Oleh visi sebagai kebajikan islam atas nama shj
    .. Islamnya entah kemana.. Oleh itu era baru ini.. Mari kta berubah mnjadi islam adalah satu cara hidup

    ReplyDelete