Thursday, 31 March 2011

Tiada Tangkapan Berhubung Video Seks - Hishamuddin

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein menafikan ada tangkapan berhubung video seks seperti yang dilaporkan oleh beberapa media minggu lalu.

"Tiada dalam pengetahuan saya" katanya dalam sidang media di bilik mesyuarat bangunan parlimen. Kelakar ada aneh pun ada bila kes-kes yang melibatkan orang kenamaan ini seperti acuh tak acuh sahaja tindakan oleh pihak polis. Tetapi dalam kes video seks Presiden MCA cepat pula tangkapan dibuat terhadap orang yang menyiar dan menyimpan video lucah tersebut.

Nampak sangat dalam kes ini keterlibatan "orang atas" kerana timbul kenyataan-kenyataan aneh oleh Ketua Polis Negara sendiri seolah-olah mereka yang menayangkan video lucah tidak boleh ditangkap. Apakah akta tersebut sudah 'ghaib' daripada buku undang-undang? Sedangkan orang yang terlibat menayangkan video tersebut sudah mengaku. Sepatutnya keadilan itu bukan setakat adil tapi mesti kelihatan adil.

Inilah bahananya jika kita meninggalkan syariat Allah,ada orang yang beranggapan syariat Allah itu hanya berkisar tentang solat,puasa,zakat dan haji sahaja walhal ianya merangkumi semua ruang lingkup manusia yang mengaku muslim. Dalam Islam kita diajar tentang segala-galanya dari bab bersuci sampai kepada bab solat,jimak,perniagaan sehinggalah kepada bab politik,jenayah dan sebagainya. Bagi puak-puak umno semua itu dipandang sebelah mata sehingga ada yang sanggup mempermainkan hukum hudud.

Berbalik kepada persoalan di atas jika hudud diamalkan di Malaysia adakah berani orang yang menggelarkan diri mereka "Datuk T" menabur fitnah terhadap Anwar Ibrahim. Selepas ini kepada penjual-penjual DVD/CD lucah anda janganlah takut kerana anda hanya menjual sedangkan orang yang membuat tayangan pun tidak boleh ditangkap..hampehlaa polis.

No comments:

Post a Comment