Thursday, 31 March 2011

PEMAIN BOLASEPAK MALAYSIA PERLU LEBIH PENDEDAHAN

Pemergian Safee sali ke Indonesia untuk bermain dengan Kelab Pelita Jaya sewajarnya dicontohi oleh pemain-pemain Malaysia yang lain.Ini terbukti dengan perpindahan itu Safee dianggap sebagai wira Kelab Pelita Jaya bermain sebanyak 4 perlawanan dan menghasilkan 2 gol untuk melonjakkan Kelab ke tangga yang lebih tertinggi.


Gol pertama Safee Sali untuk Pelita Jaya muncul pada aksi sulung beliau di ISL(Indonesian Super League). Menentang pasukan Sriwijaya FC  dan selepas sejam perlawanan, Safee sali muncul wira menjaringkan gol pertama buat Pelita Jaya. Gol beliau tersebut kekal sehingga wisel penamat. Beliau juga dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan. Debut yang memang diimpikan setiap pemain bola sepak.Dalam perlawanan tersebut Safee Sali memakai jersi bernombor 55, yang memberi maksud Safee Sali (kan macam huruf SS je tu) dan nombor 10 (5+5=10), nombor jersi keramat apabila mewakili Malaysia. 


Pihak Kementerian Belia dan Sukan sepatutnya lebih positif dalam menilai kemampuan pemain-pemain bolasepak kita dengan memberikan lebih pendedahan kepada pemain,sebagai contoh menghantar bermain dengan kelab diluar Malaysia.Pengalaman-pengalaman seperti inilah yang akan membangunkan potensi pasukan kebangsaan kita sendiri.Jangan dok sibuk ke benda lain jer,sampai berbuih tepi bibir!!marah ni marah...

No comments:

Post a Comment