Wednesday, 30 March 2011

Dr Asri - Mufti wajar nyata pendirian

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan para mufti wajar menyatakan pendirian dalam isu 'politik selak kain'. Katanya lagi "kita kena bezakan,apabila bercakap,jangan main selak kain. Kita tidak cakap video itu betul atau salah,kita bercakap mengenai politik idea untuk membela rakyat". Minggu lalu beliau menulis dalam blognya bahawa para politikus hendaklah menghentikan mengaibkan peribadi musuh dalam perkara yang tidak membabitkan kezaliman terhadap rakyat.

Mana ada mufti yang berani menegur pemimpin secara berdepan demi untuk menjaga punggung masing-masing daripada tersingkir dari kerusi empuk yg sudah diduduki sekian lama. Di dalam tulisannya itu Dr Asri mengatakan bahawa rakyat mesti mengadakan demonstrasi untuk menentang politik 'selak kain' tak kira dari parti mana sekalipun.

Eh,ada ke puak-puak umno atau pekasam yang berani berdemo semacam itu???

No comments:

Post a Comment