Thursday, 31 March 2011

Poco-Poco - Haram Atau Harus?

Baru-baru ini Jawatankuasa Negeri Perak mengeluarkan fatwa mengatakan tarian poco-poco haram kerana mengandungi unsur-unsur hindu. Hari ini bekas mufti Perlis menyatakan tarian tersebut adalah harus.

Beliau berhujah semua urusan harian manusia termasuk tarian adalah harus diamalkan kecuali terdapat dalil yang jelas mengharamkannya. Menurutnya lagi jika terdapat unsur yang tidak baik,perkara tersebut hendaklah ditapis bukan dengan cara mengharamkannya terus.

Sebenarnya lebih banyak perkara haram yang nyata kenapa tidak mengharamkannya seperti judi, tarian poco-poco ini sebenarnya jika dilakukan dengan cara yang betul dan di tempat yang betul tidaklah menjadi salah di sisi syarak.

Yang menjadi kesalahan ialah jika ianya dilakukan di tempat awam dengan berpakaian menjolok mata,kalau suami isteri nak berpoco-poco di dalam bilik sebelum ehem-ehem takkan itu pun menjadi perkara yang haram..

No comments:

Post a Comment