Thursday, 31 March 2011

Melayu gagal amal Islam punca perbalahan


SHAH ALAM – Sikap masyarakat Melayu gagal amalkan Islam punca perbalahan kalangan kaum majoriti negara ini masih berlanjutan.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kedatangan Islam ke Tanah Melayu (Malaysia) lebih 500 tahun lalu masih gagal dikuasai Melayu beragama Islam sepenuhnya.Kita sebagai masyarakat Melayu menolak (tidak mengamalkan) Islam, (sebaliknya mengambil pendirian) nasionalisme sebagai keutamaan, sedangkan bumi yang dipijak adalah ciptaan Allah SWT.

“Sekarang ini bukan masalah Melayu dengan Cina, tetapi Melayu dengan Melayu,” katanya ketika sesi lawatan ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah (Mediu) di Plaza Masalam semalam.Beliau berkata, sikap perkauman perlu dikekang sebelum menjadi barah kalangan masyarakat.Malaysia ada pelbagai bangsa, tetapi tiada titik pertemuan (yang dapat menyatukan masyarakat dalam negara ini).

“Kenapa orang Melayu sebut ketuanan Melayu dan bukan ketuanan Islam. Orang Cina mana ada sebut hidup Melayu. UMNO punya ‘bodoh’ sebut ketuanan Melayu, sudahlah orang Melayu tak ada untung, duit, moral dengan (pendedahan) video seksnya. Mana ada Cina nak hormat Melayu dengan video seks itu,” katanya.

No comments:

Post a Comment