"Najib adalah salah kerana ada persamaan dengan kematian Teoh Beng Hock. Kedua-dua mereka mati di bangunan kerajaan kettika dalam tahanan agensi pihak berkuasa,” kata ahli parlimen Klang, Charles Santiago.
Santiago dan tiga lagi ahli parlimen - MP Shah Alam Khalid Samad, MP Teluk Intan M Manogaran dan MP Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud hari berjumpa dengan pengarah SPRM Selangor Datuk Jaafar Maahad bagi melahirkan kebimbangan mereka berhubung keselamatan orang ramai kepada suruhanjaya itu.
Kenyataan Najib itu memperlihatkan kepada masyarakat bijak pandai bahawa kerajaan tidak mengambil langkah-langkah yang tertentu dan menunjukkan keperihatinan kerajaan dalam menyelesaikan satu-satu kes yang melibatkan kematian,khususnya kes Penolong Pengarah Kastam Ahmad Sarbani ketika masih dalam jagaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Suruhanjaya Siasatan DiRaja mesti ditubuhkan untuk mensyiasat kematian Allahyarham Sarbani dengan serta-merta dengan melibatkan masyarakat sivil serta menyiasat struktur dan organisasi SPRM dalam kes ini,” kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Makin hari makin menjadi-jadi kes kematian samada disengajakan atau dirancang yang tentunya adalah ketentuan Ilahi dan hikmah disebalik sesuatu perkara,tunggu dan lihat apa pulak lepas ni?

No comments:
Post a Comment